RESIPI DIY:

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

KULIT KERING DAN SENSITIF

Pupur hidrasi adalah pilihan terbaik buat kulit wajah jenis ini. Pilih yang mempunyai tekstur krim dan elakkan pupur tanah liat atau pupur pengelupas. Tambah lembapan pada wajah kerana jika anda skrub wajah, ia hanya akan menyebabkan kulit menjadi nipis dan menegang lalu timbul iritasi yang tidak diingini.

Campuran yogurt dan madu. Yogurt mengandungi enzim, menjadikan ia bagus untuk menyingkirkan sel kulit mati. Ia juga mengekalkan kandungan minyak semula jadi dalam kulit. Tetapkan pilihan terhadap pupur pengelupas dan tanah liat. Mineral dan vitamin membuatkan kulit menjadi lembut tetapi ia juga mengeringkan kulit pada masa yang sama. Kerana itu, anda perlu juga menggunakan pupur hidrasi bagi menyeimbangkan tekstur kulit.

Aloevera dan madu adalah pupur hidrasi terbaik dipakai pada waktu malam kerana ia tidak akan mengotorkan sarung bantal anda!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.