FORMULA LEMBAPAN TERBAIK

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Berada di bandar Taipei buat kali pertama, jujurnya saya kagum dengan pembangunan mereka yang sedikit sebanyak bercirikan vintaj Inggeris. Memandangkan hanya media Malaysia yang diterbangkan ke sini, kami mempunyai lebih masa untuk meninjau ibu negara Taiwan ini. Cepat saja mata memintas wajah-wajah wanita tempatan, kulit mereka cukup anjal dan bersinar. Jika dibandingkan dengan kulit sendiri memang jauh bezanya, kerana walaupun kulit kurang kedutan dan garis halus, tidak semestinya kulit kita anjal dan tegang. Kiehl’s memahami masalah wanita yang mempunyai masalah penghidratan kulit yang menjadi punca kulit hilang keanjalannya.

SOLUSI BUAT KULIT KEKAL ANJAL

Ahli kimia Kiehl’s dengan bangganya memperkenalkan Hydro-Plumping Re- Texturizing Serum Concentrate Baru. Dengan penemuan baru dan formula inovatif ini terbukti secara klinikal bahawa ia mampu mengurangkan tanda penuaan yang disebabkan penyahidratan kulit. Ia bertindak dengan menyalurkan lembapan jauh ke dalam lapisan kulit bagi mengekalkan lembapannya. Hasilnya kulit tampak lebih segar, anjal dan muda remaja.

Untuk memiliki hasil penghidratan dan penyerapan terbaik, ahli kimia Kiehl’s mengambil langkah pertama dengan mengelakkan penggunaan ‘wax’ yang mana kebanyakan jenama-jenama produk kecantikan lain menggunakannya dalam rangkaian hidrasi mereka. Formula serum ini dikembangkan dengan fasa air, yang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.