Langkah 2:

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Kata Laneige, Time Freeze Intensive Cream dan juga Time Freeze Eye Serum dicipta untuk mengekalkan kulit sentiasa tampak muda. Inovasi ini diusahakan demi memenuhi impian wanita yang mahu kekal tampak berseri seperti waktu muda. Laneige mahu merealisasikan mimpi wanita yang dambakan produk yang akan mengawet kemudaan wajah mereka dalam kesibukan mereka menguruskan tanggung jawab sehari-hari sebagai isteri, ibu dan pekerja.

MUDAKAN KULIT

Laneige menyempurnakan rangkaian Time Freeze dengan teknologi Dynamic Collagen™ yang mana merupakan teknologi regeneration yang pertama diiktiraf dunia. Teknologi ini mengambil masa selama 12 tahun untuk dibangunkan. Hasil kajian Laneige, mereka menyedari langkah paling penting untuk mengekalkan kulit yang muda adalah dengan mengekalkan penghasilan kolagen agar kulit kekal anjal, tegang dan tidak jatuh. Menariknya, teknologi ini juga diperakui kehebatannya oleh Kementerian Alam Sekitar dan Teknologi Korea.

CARA TIME FREEZE BERTINDAK Langkah 1:

Water Peptide menyerap secara mendalam pada setiap lapisan kulit untuk caj semula dan merangsang penghasilan semula asid hyaluronic semula jadi kulit serta melembapkan setiap lapisannya. Dengan ini kulit akan kekal lembap selain menguatkan keanjalannya.

Dynamic Collagen™ diformulakan dengan Pinitol, iaitu bahan semula jadi yang diekstrak dari pohon Carob. Pinitol bertindak sebagai pencetus kolagen baru yang lebih kuat dan sihat. Ekstrak pohon Carob ini didapati berkesan dalam menyalurkan kuasa anti penuaan, yang mana ia sendiri adalah punca mengapa pohonnya boleh hidup selama 25 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.