KUNCI UTAMA DI SEBALIK K-BEAUTY

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Laneige antara jenama kecantikan dan kosmetik di bawah Amorepacific Corporation telah mengadakan Laneige Global Beauty Camp untuk kali kedua di Seoul, Korea. Tahun ini Laneige meraikan sambutan Laneige yang ke-20 dan majlis ini dihadiri media daripada pelbagai negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, China, Taiwan, Hong Kong, Vietnam dan Korea Selatan.

Laneige bermaksud salji di dalam bahasa Perancis menumpu kepada ton kulit yang berseri bak kristal untuk wanita dalam usia 20-an dan 30-an yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia kecantikan. Kulit cerah dan lembap merupakan antara keutamaan wanita ketika mereka membeli produk penjagaan kulit dan solekan. Memahami keperluan wanita, Laneige menghasilkan formula yang dapat memberikan wanita kulit yang lembap dan cerah tanpa mengira jenis kulit. Mereka percaya bahawa kecantikan wanita lebih menyerlah dengan solekan semula jadi sambil mengekalkan kulit yang cerah dan lembut.

Rahsia sebalik K-Beauty ialah wajah yang menawan dan berseri secara semula jadi. Solekan yang dikenakan tidak mengubah penampilan mereka secara menyeluruh namun mempertingkatkan lagi kecantikan yang sedia ada. 1

Mana-mana wanita Korea mementingkan kulit yang lembap, cerah dan bersih. Pengguna Laneige yang setia akan memulakan rutin penjagaan kulit dengan esen dan krim pelembap, manakala Water Sleeping Pack pada waktu malam agar lembapan dapat dikembalikan. 2

Solekan sempurna semua jadi boleh dilakukan dengan menggunakan warna bedak asas yang sama atau hampir sama dengan kulit sebenar. Mana-mana wanita Korea tidak akan keluar rumah tanpa mengenakan solekan namun tidak bermakna mereka akan meluangkan masa yang lama di hadapan cermin setiap pagi. Mereka menggunakan Laneige BB Cushion untuk memberi asas kulit yang sempurna dan lembap dengan pantas. Ia kecil dan muat dimasukkan di dalam tas tangan, jadi ia mudah dibawa ke manamana sebagai touch-up. 3

Wajah nampak lebih berseri dengan pemilihan warna dan tekstur gincu yang bersesuaian dengan ton kulit. Bagi wanita Korea, gincu membantu mereka kelihatan lebih muda dan mereka gemar

Kulit Yang Sihat Dan Lembap

Asas Sempurna Semula Jadi

Bibir Mulus Menggiurkan

semua jenis tekstur termasuk gincu, pengilat bibir, salap bibir atau lip stain. Jika anda inginkan penampilan yang lebih trendy dan berani. Gunakan Laneige Serum Intense Lipstick manakala untuk penampilan lebih manis dan muda, guna Laneige Water Drop Tint. 4

Solekan mata menambah lagi kecantikan kulit sempurna dan bibir menawan. Wanita Korea lebih gemar mengenakan penggaris mata untuk membentuk ilusi mata lebih besar. Anda boleh menggunakan Laniege Natural Eyeliner untuk gaya yang diingini. Jangan lupa untuk mencalit maskara seperti Volume Setting Mascara atau Infinite Volume Setting Mascara untuk bulu mata yang lebat dan lentik.

Mata Galak Dan Menawan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.