Apa yang membezakan Laneige dengan kosmetik Korea yang lain?

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Laneige merupakan jenama premium yang menumpu kepada pelanggan muda dan saya percaya perbezaan antara Laneige dan jenama lain ialah kami menggabungkan penjagaan kulit dengan menggunakan sains air sambil menghasilkan solekan yang trendy. 2

Apa ciri-ciri K-Beauty dan bagaimana wanita Korea menggunakan K-Beauty dalam kehidupan seharian?

Untuk kita bercakap mengenai K-Beauty, kita harus menyentuh mengenai produk Laneige Sebab utama produk Korea berkualiti tinggi adalah kerana orang Korea mempunyai minat mendalam terhadap kecantikan, standard tinggi yang melibatkan kualiti produk dan kandungan dan mereka juga gemar sesuatu yang baru dalam pasaran. Wanita Korea mengambil berat mengenai penampilan mereka dan mereka menghabiskan masa yang banyak untuk menjaga kulit dan pada masa yang sama mereka gemarkan gaya semula jadi bersahaja seakanakan mereka tidak menghabiskan masa yang banyak untuk mencipta penampilan itu. Mereka gemarkan solekan yang semula jadi dan sofistikated serta trendy. Pada saya itulah gaya K-Beauty. Kulit yang sihat, gaya semula jadi dan sofistikated, serta mengikut trend bukan sahaja digemari wanita Korea malah semua wanita Asia. Sebab itulah K-Beauty dan Laneige amat popular.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.