BAGAIMANA ULTIMUNE BEKERJA?

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

IMUNISASI KULIT – MASA DEPAN BERMULA HARI INI

Ultimune power infusing concentrate merupakan serum yang berkuasa menyerlahkan lagi kecantikan kulit wanita dengan bertindak sebagai benteng pertahanan kulit. Ia berfungsi sebagai imunisasi dan sebagaimana sistem imunisasi tubuh, produk ini akan melindungi dan mempertahankan kulit daripada anasir yang merosakkan kulit. Jika kulit kamu bermasalah selama ini dan sukar dirawat meski telah banyak cara dilakukan ini bermakna kulit memerlukan imunisasi. Ultimune adalah produk tepat dan dapat menyelesaikan segala masalah kulit.

Sudah tentu untuk menghasilkan produk sehebat ini, banyak kajian dilakukan dan setelah 20 tahun ia akhirnya berjaya direalisasikan. Atsushi Shimomura, Pengurus Besar Pemasaran Antarabangsa Shiseido turut tampil di pentas menuturkan pendapatnya mengenai produk hebat ini. Menurutnya, falsafah kecantikan Shiseido adalah setiap wanita memiliki kuasa semula jadi untuk mencapai kecantikan tersendiri. Katanya, “Beauty comes from inside, beauty extends beyond the face, to every

Ultimune merupakan produk revolusioner yang dipertaruhkan Shiseido. Ia adalah evolusi produk penjagaan kulit. Keistimewaan serum Ultimune ini diperjelaskan lagi oleh Junichi Hosoi dari Shiseido Research Center. Ultimune tidak sekadar merawat masalah kulit tetapi membekalkan kekuatan untuk melawan segala macam kerosakan kulit. Ultimune tidak sekadar merawat masalah sedia ada tetapi membantu fungsi semula jadi kulit memaksimumkan keupayaannya bekerja.

Kejayaan menghasilkan Ultimune sangatlah membanggakan Shiseido kerana bagi mereka produk ini menjadi lambang generasi teknologi produk penjagaan kulit masa akan datang. Dr Hosoi dan warga kerja di makmal Shiseido telah menemukan fungsi sel Langerhans (sel yang mengawal imunisasi kulit) yang bukan sekadar mengenal masalah kulit seperti kulit kering, pencemaran, sinaran uv tetapi juga penuaan dan stres emosi. Selain itu telah terbukti enzim penenang yang terkandung di dalam sel langerhans dapat meneutralkan faktor kulit rosak akibat stres dan usia. Shiseido telah menemukan Ultimune Complex yang dapat memperhebatkan fungsi sel Langerhans bertindak sebagai imunisasi kulit dengan paduan bahanbahan lain yang diadun sempurna dengan teknologi tinggi.

Sebaik melumur serum ini ke muka, serta merta kulit berasa lebih halus dan lembut meski kala itu kondisi kulit kering dan kusam. Teksturnya mewah dan mampu meresap terus ke kulit dalam sekelip mata. Diperkaya dengan tumbuhan gabungan herba barat dan timur iaitu Gingko, Perilla dan Thyme, serum ini menggandakan kuasanya dalam memberikan perlindungan sempurna pada kulit muka.

Dengan mengolesnya pagi dan malam selepas rejim pembersihan asas kamu akan peroleh kesannya dalam sekejap masa. Seminggu pertama kulit akan tampak lebih bercahaya dan tiga minggu selepas itu kamu akan berasa tekstur kulit lebih halus, tegang dan garis halus mengundurkan diri. Kulit akan berasa seperti dicas semula dan memiliki kekuatan sendiri untuk mengekalkan kecantikannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.