SESI “POWER OF IMMUNITY”

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Usai acara pembentangan produk, media keesokan harinya ‘berkurung’ hampir sehari di Roponggi Hills Club. Minda kami disuapi ilmu dengan tip kecantikan dan gaya hidup baru generasi muda Jepun.

Acara dimulakan dengan Dr Saito, pakar di dalam rawatan kanser dan anti penuaan. Dia mengaitkan sistem imunisasi tubuh dengan penuaan dan bagaimana gaya hidup masa kini membantu mempercepatkan penuaan. Agak menakutkan juga mendengar penjelasan beliau yang mengatakan di dalam tubuh kita terdapat beribu-ribu sel kanser setiap hari dan bagaimana T-cells yang ada pada tubuh melawan dan membunuh sel ini. Dan menurutnya, T-cell inilah yang perlu kita jaga kerana sel tersebut akan kurang aktif seiring peningkatan usia. Terdapat kajian yang mengatakan sel dendritic (sel langerhan termasuk di dalam kategori sel dendritic) akan memakan sel kanser yang mati. Justeru, sel langerhans ini perlu diaktifkan. Salah satu cara tradisi yang diamalkan orang jepun adalah menggosok-gosokkan tuala secara perlahan pada kulit terutama bahagian belakang.

Melatonin yang dihasilkan tubuh berfungsi sebagai anti penuaan dan pengeluarannya akan berkurangan seiring penambahan usia dan gaya hidup kurang sihat. Dr Saito turut menekankan kepentingan untuk memaksimumkan penghasilan melatonin. Dia menyarankan untuk tidur awal dan tidur dalam gelap. Katanya pastikan tiada sumber cahaya ada di bilik termasuk skrin telefon. Selain itu beliau turut menitip pesan agar bangun cepat dan bersarapan dalam masa sejam selepas bangkit. Sarapan pagi sangat penting untuk tubuh manusia.

Sementara itu Fukusawa Maki, profesor dari Universiti Shukutoku berkongsi kajian menarik mengenai gaya hidup generasi muda Jepun hari ini. Antara yang dibentangkan adalah kajiannya mengenai remaja lelaki generasi Herbivore iaitu lelaki yang sangat mementingkan keluarga, teman-teman dan kampung halaman dan tidak begitu mengejar kerjaya impian. Selain Herbivore ada generasi Satori, Yutori, Mild Yankii dengan fokus hidup berbeza antara satu sama lain. Fukusawa juga membuat kajian terhadap wanita dan telah mengklasifikasikan wanita kepada beberapa kategori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.