BERUS DENGAN BETUL

EH (Malaysia) - - Rambut -

Ramai antara kita dek kerana mahu cepat, rambut disisir dan diberus sambil lewa sahaja. Pertama sekali, pilih jenis sikat yang bersesuaian dengan rambut anda. Untuk penggunaan seharian, guna pedal berkusyen dengan jejari sikat yang fleksibel. Selain itu, gunakan dengan betul. Jangan sesekali sikat dari kulit kepala hingga ke hujung rambut kerana ia membuatkan hujung rambut bergumpal. Seeloknya sikat bahagian bawah rambut, diikuti tengah dan kemudian barulah keseluruhan rambut dari atas ke bawah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.