TIADA SOLUSI?

EH (Malaysia) - - Rambut -

Tidak akan pulih semula. Jika dibiarkan, ia akan terus terbelah sehingga ke atas. Satu-satunya cara adalah dengan memotongnya. Itu juga memerlukan kaedah dan peralatan yang betul. Panjang sebanyak setengah inci dari hujung rambut dan gunakan gunting yang tajam. Kepit dan tarik rambut perlahan ke bawah agar ia tegang. Ini bagi mengelakkan potongan yang tidak sekata. Tip hebat untuk anda yang mempunyai rambut kerinting, potong bahagian bawah rambut ketika ia masih basah kerana lebih mudah. Pastikan tidak potong terlalu banyak kerana apabila rambut kering, ia akan mengecut. Kerana itu, rambut perlu dijaga sedari awal dengan pemilihan syampu dan perapi yang betul, penjagaan tambahan dengan serum serta memanjakan dengan penggunaan pupur untuk rambut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.