KETAHUI BAGAIMANA SELESEMA BOLEH BERJANGKIT

EH (Malaysia) - - Kesihatan -

Bukan sahaja bernafas di dalam udara yang sama dengan orang sakit menyebabkan anda dijangkiti. Selesema dengan mudah boleh berjangkit melalui sentuhan – contohnya jika anda dan dia memegang barang yang sama. Jangan anggap anda boleh terlepas daripada kemungkinan untuk dijangkiti walaupun anda berada di bilik berlainan. Berada di dalam komuniti atau berkumpul di suatu tempat meninggikan risiko jangkitan. Virus selesema boleh hidup di atas permukaan keras seperti besi atau plastik selama 24 jam, manakala fabrik dan kertas pula selama 20 minit. Transisi yang mudah – anda memegang virus melalui tangan, kemudian sentuh hidung, mata atau mulut – nah, kebarangkalian dijangkiti sudah pun ada!

JADI, APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Mudah sahaja. Kerap membersihkan tangan. Gunakan sabun anti bakteria dan gosok serta bersihkan kedua-dua tangan sehingga berbuih selama 20 saat. Lebih perhatian perlu diberi kepada kawasan tersembunyi iaitu di bahagian antara jari, di bawah celah kuku dan cincin di mana kesemua kawasan ini adalah tempat kuman suka bersembunyi. Apa kata anda sediakan tisu basah anti bakteria di meja kerja. Ada kajian menunjukkan 47 peratus komputer mengandungi kuman selesema. Tisu basah ini tidak akan dapat membunuh kuman, namun ia sekadar mengalihkannya ke tempat lain.

VITAMIN C BOLEH MEMBANTU, BUKAN?

Berita buruknya adalah apabila anda sudah dijangkiti virus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.