INVISIBLE EMPLOYEE?

EH (Malaysia) - - Kerja -

Anda merasakan diri terpinggir dan hal ini sentiasa membuatkan mood anda berubah-ubah dan mengganggu kualiti kerja? Kadang pula anda rasa serba tak kena dengan apa yang dilakukan membuatkan kadar keyakinan dalam diri semakin merudum. Ada caranya. Kate Bussman dalam artikelnya Bad Day At The Office? Menulis – “It’s about thinking like your boss. Sebelum anda masuk ke mesyuarat contohnya, fikir apa yang bakal ditanya oleh bos anda. Dengan cara ini anda akan lebih bersedia menghadapi sebarang situasi dan mampu lebih menyerlah. Kuncinya adalah untuk sentiasa bersedia.

HILANG MINAT

Saat masuk ke dalam pejabat sudah menghitung detik untuk pulang? Dan setiap apa yang dilakukan tidak lagi berlandaskan minat? Ini bukan sesuatu yang sihat. Jika minat semakin hari semakin berkurangan adalah lebih baik untuk anda fikir sedalamnya apa yang perlu anda lakukan dalam hidup. Jangan memaksa, jika perlu bercuti untuk mengambil kembali mood bekerja pergilah mengembara kerana dengan cara ini anda mampu mendapat jawapan kepada persoalan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.