BUAT PENGGEMAR SNEK KENTANG

EH (Malaysia) - - Berita Santai -

PERFECTÒ menjadi jenama kerepek kentang pertama di Malaysia yang hadir dengan taburan ramuan segar di atas setiap kepingan kentang. Ia didatangkan dalam tiga perisa iaitu ‘Natural Sea Salt’, ‘Sour Cream & Chives’ dan ‘Chilli & Spice Infusion.’

Kata Tan Sri Pang Tee Chew, Ketua Pegawai Eksekutif MameeDouble Decker, “PERFECTÒ merupakan produk inovasi yang bakal memberikan impak baru kepada pengemar kerepek kentang. Pengalaman yang berbeza akan dialami oleh mereka dengan adanya PERFECTÒ.”

PERFECTÒ dihasilkan daripada ramuan semula jadi dan resipi autentik untuk rasa yang asli. Kepingan kentang yang ditaburi ramuan segar seperti cebisan daun pasli, garam laut dan juga kepingan cili kering menjadikannya cukup menyelerakan. PERFECTÒ kini boleh didapati di seluruh negara pada harga RM3.99.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.