5 PERKARA TENTANG TWELVE CUPCAKES

EH (Malaysia) - - Berita Santai -

Ditubuhkan di Malaysia pada Oktober 2013, Twelve Cupcakes Malaysia merupakan perusahaan kek cawan berprestij yang menyediakan kek cawan di mana penghasilannya merangkumi keseluruhan proses dan hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti. Setiap hari pelanggan boleh mendapatkan 12 perisa harian dan tiga perisa istimewa. Twelve Cupcakes Malaysia menawarkan sehingga 46 perisa dan memperkenalkan perisa baharu setiap bulan. Cawangan di 1Utama Shopping Centre dan Mid Valley Megamall menerapkan konsep dapur terbuka. Pelanggan boleh memilih untuk membeli sama ada sebiji kek cawan berharga RM6.00, set dengan tiga biji kek cawan (RM18.00), set separuh dozen (RM34.00) atau sedozen (RM66.00). Diasaskan di Singapura, Twelve Cupcakes ditubuhkan oleh pasangan selebriti Singapura, Daniel dan Jaime Teo pada Julai 2011. Selain Malaysia dan Singapura, Twelve Cupcakes juga mempunyai cawangan di Hong Kong, Filipina, Indonesia dan Taiwan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.