VERDIK:

EH (Malaysia) - - Inilah Lelaki -

GYM JUNKIE!

Daripada muat naik pertama dua tahun lalu di Instagram sehingga hari ini semuanya tentang aktiviti di gim. Ya memang ia satu bonus untuk memiliki teman lelaki berbadan sasa dan aktif dengan aktiviti luar tetapi bersediakah anda untuk menjadi teman wanita yang hanya akan menghabiskan masa di gim bersama si gym junkie ini? Lupakan kerana apa yang anda perlukan dalam adalah kehidupan and you can’t find life in a gym. Dalam satu artikel yang dikeluarkan Huffingtonpost.com menulis lelaki yang kerap ke gim dan kerap juga memuat naik gambar mereka tanpa berbaju ini dilabel sebagai narsisistik – cenderung memuja atau mengagumi diri sendiri dengan berlebihan. Semuanya tentang diri mereka dan sanggupkah anda menghabiskan masa dengan lelaki begini?

Elakkan. Silap hari bulan anda dibuatnya kuli bukan isteri.

VERDIK:

UBER PUITIS

Tyler Knott Gregson menerusi akaun Instagram-nya @tylerknott antara Instagramer yang popular dengan muat naik tulisan puisinya. Alexandra Faubel menerusi artikelnya melabel Tyler Knott sebagai The Uber-Sensitive Aspiring Poet Dude. Semua muat naiknya dipenuhi dengan nulikan puisi indah, kekecewaan, kata-kata penuh inspirasi dan punya kecenderungan menonton filem hitam putih. Anda melihat mereka sebagai manusia paling waras dalam kehidupan secara total tetapi sebenarnya mereka adalah individu patah hati – tulis Alexandra lagi dalam artikelnya. Jadi apa situasinya? Anda mahu jadi superwoman menyelamatkan jiwa yang rapuh ini? Lupakan kerana mereka yang memilih untuk menjadi begitu dan biarkan sahaja mereka menulis kekecewaan mereka usah jadi sebahagian hidup mereka kerana takut anda pula yang dikecewakan.

VERDIK:

Sedikit psiko dan tidak punya kestabilan emosi.

SI DUDA ANAK SATU

Cara mereka menunjukkan ‘charm’ adalah dengan memuat naik gambar gaya hidup bersama anak mereka. Dan berderetlah yang meninggalkan komen tanda kagum dan memuja sikap penuh kasih sayang yang ada. Bagus sebenarnya, paling tidak mereka hanya melalui kehidupan normal tanpa kelihatan mencuba menjadi orang lain. Golongan seperti ini tulis Marcolm Collins dalam artikel Why Yous Should Date Online and Treat like a Job sebagai individu yang merai kehidupan – menghargai apa yang mereka ada dan mengutamakan apa yang sangat diperlukan iaitu keluarga.

Boleh dipertimbangkan.

kabur.

EXPATRIATE

Boleh jadi kerana dia memang menabung untuk mengembara atau tuntutan kerja membuatkan aktivitinya penuh dengan kembara dari satu destinasi ke destinasi lain. Lelaki dalam kelompok ini biasanya memilih untuk membujang kerana tidak mahu terikat dengan komitmen. Seorang expatriate biasanya lebih terbuka pemikiran mereka. Tidak terikat dengan idea mahu memiliki kehidupan sempurna – badan yang cantik (Gym-Junkie) atau pakaian yang cantik (Street-Dandy). Mereka adalah individu yang merai kehidupan. Bercampur gaul dengan semua orang dan mengembara kerana mahu menjadi manusia yang lebih baik. Mungkin bagi sesetangah orang dengan melihat gambar muat naik mereka yang dipenuhi dengan panorama menarik dan budaya gaya hidup hanya sekadar mahu menunjuk-nunjuk namun bak kata tulisan Madeline Gressel – Why You Should Date an Expat menulis That’s the perks of being an expat – lebih jauh anda mengembara lebih luas pengalaman dan lebih bijak anda menghargai kehidupan.

Go for it!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.