PANDUAN LENGKAP

EH (Malaysia) - - Sekitar -

ujan gerimis di pagi Sabtu membuat suasana sekitar Zebra Square tambah tenang dan nyaman. Seawal jam 9 pagi pembaca EH! yang sudah mendaftarkan diri sejak awal lagi sudah berada di perkarangan lokasi yang sinonim dengan pelbagai acara ini.

Bengkel Make Me Gorgeous kali ini menghimpunkan pakar daripada pelbagai aspek, dari soal menjaga kulit, bersolek, memilih suai padan pakaian dan sepatu, pemakanan dan termasuklah teknik terbaik merakam gambar.

Majlis pagi itu dimulakan dengan sesi bersama Leneige. Para peserta ditunjukkan langkah demi langkah penting untuk mencipta solekan yang tampak natural dan berseri bak bintang Korea. Guru solek dari Laneige memulakan sesi berkongsi membersihkan hingga menyediakan kulit (prep skin) sebelum memanjangkan sesi dengan menunjukkan langkah asas solekan yang ringkas namun membangkit seri. Setiap peserta dilihat cukup teruja mencuba sendiri langkah-langkah yang ditunjukkan.

Usai makan tengah hari, para peserta dipecahkan kepada empat kumpulan, dan setiap kumpulan akan ‘singgah’ di setiap ‘stesen’ untuk menimba pengetahuan lebih dekat. Cara begini membuatkan sesi lebih mesra dan para peserta boleh bertanya dengan lebih mudah.

Setiap kumpulan akan singgah di stesen fesyen bersama Nichii, yang mana deretan helaian Nichii awal-awal lagi sudah digantung kemas. Pakar fesyen Nichii member ruang kepada peserta untuk membelek setiap helaian lebih dekat selain berkongsi panduan gaya mengikut acara juga bentuk tubuh.

Tidak lengkap andai berpakaian cantik tanpa dipadankan dengan sepatu sepadan. Para peserta juga didekatkan dengan jenama Skechers, yang mana penata gaya pilihan Skechers berkongsi padanan pakaian yang bersesuaian dengan koleksi sepatu mereka. Peserta yang terpilih turut diberi peluang menjadi ‘model’ mencuba kasut dan pakaian yang dibawa.

Bengkel Make Me Gorgeous kali ini lebih menarik pabila Herbalife turut sudi menjadi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.