SOAL PENAMPILAN

EH (Malaysia) - - Sekitar -

Panduan kecantikan

oleh wakil Clarins.

Pasangan pengantin adalah subjek utama sebuah majlis kahwin. Sesiapa yang datang bertandang mahu bertemu pengantin. Jadi, pengantin mestilah tampak sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Sesi panduan grooming ini dimulakan dengan Clarins, yang menyajikan panduan dan langkah tepat mendapatkan wajah yang berseri-seri, dari soal membelai tekstur kulit juga bentuknya dan tentu sekali dengan menggunakan rangkaian produk Clarins.

Penjagaan mahkota wanita usah dilupakan, sebagai ratu sehari soal dandanan juga menjadi pelengkap kepada penampilan yang menawan. Rambut yang sihat terjaga akan memudahkan kerjakerja kerja juru dandan di hari besar ratu sehari kelak. Wakil L’Oreal Professionnel berkongsi rahsia mendapatkan rambut yang sihat, lembut dan menawan. Bengkel ini disempurnakan lagi dengan panduan memilih barang kemas dari pakar Diamond & Platinum. Sebelum majlis berakhir, pereka duo popular tanah air, Rizman Ruzaini naik ke pentas untuk berkongsi do’s & don’ts dalam mereka busana perkahwinan. Tentu sekali idea, ilmu dan panduan yang dikongsikan oleh pereka popular ini dicatat satu-persatu oleh peserta memandangkan mereka punya pengalaman menyiapkan busana perkahwinan selebriti popular seperti Ning Baizura, Rozita Che Wan, Scha Alyahya dan ramai lagi.

Kami di EH! ingin mengucapkan terima kasih kepada para penaja dan tidak lupa para peserta yang sudi meluangkan amsa bersama kami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.