KONSERT SOLO DAYANG NURFAIZAH

EH (Malaysia) - - Yang Hangat -

Penghujung Ogos lalu, pasangan ini mengejutkan dunia apabila mereka secara sah berkahwin dalam satu majlis tertutup di Chateau Miraval, Perancis. Dalam temu bual eksklusif bersama majalah People, Jolie memberitahu apa yang penting bagi mereka adalah majlis yang dirai dapat disambut dengan insan-insan yang mereka sayang terutama sekali bersama kesemua anak mereka. Baru-baru ini juga mereka dinamakan sebagai pasangan Hollywood paling berpengaruh tahun ini oleh HollywoodTake. Brad Pitt masih lagi antara aktor yang menerima bayaran tertinggi Hollywood begitu juga dengan Angelina Jolie. Lihat enam lagi pasangan paling berpengaruh di Hollywood sepanjang tahun 2014. Setelah kejayaan berkongsi pentas dua tahun lalu bersama soloist Anuar Zain, R&B Darling ini bakal sekali lagi bakal ke pentas Dewan Filharmonik Petronas. Kali ini Dayang tampil solo dengan iringan pemuzik yang diketuai oleh Jenny Chin. Tiket berharga RM100 yang mula dijual Ogos lalu dikhabarkan habis dan Dayang serta peminat tegarnya hanya menantikan tarikh 3 November untuk sama-sama meraikan 15 tahun penuh gemilang sepanjang karier

penyanyi kelahiran Kuching ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.