TIP PENGGAYAAN

EH (Malaysia) - - 101 Ilham -

1 Sebelum membeli pakaian atau aksesori rona emas, faktor utama seperti ton kulit, bentuk wajah dan gaya rambut perlu diambil kira terlebih dahulu. Kilauan keemasan akan menyerlahkan kualiti semula jadi diri lebih-lebih lagi jika anda memiliki ton kulit yang lebih gelap. 2 Aksesori rona emas seperti rantai dan gelang tangan tidak lagi hanya untuk wanita berusia. Jika masih berasa ragu, padankan aksesori emas anda bersama aksesori perak metalik untuk membias penggayaan yang lebih moden. Layering pada kemeja-t putih untuk membuat statement gaya yang santai. 3 Taylor Swift antara selebriti Hollywood yang bijak memakai gaun rona emas, sama ada ketika melangkah di acara karpet merah ataupun membuat persembahan di atas pentas. Rujuk jurnal fesyen penyanyi country pop ini untuk mencedok inspirasi yang muda segar.

TAYLOR SWIFT

Baju perincian manik, MISS SELFRIDGE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.