PENGALAMAN BERBEZA DI WATSONS ALAMANDA

EH (Malaysia) - - Berita Acara + Cantik -

Membeli belah di Watsons Alamanda Putrajaya tidak mungkin sama dengan cawangan lain. Cawangan Watsons ini mempunyai konsep menarik bagi memenuhi permintaan pengguna yang inginkan one stop centre dalam mencari barangan kecantikan dan kesihatan. Reka bentuk menarik serta mesra pengguna menjadikan premis ini lokasi wajib dikunjungi. Pelbagai perkhidmatan baru diperkenalkan antaranya perkhidmatan bungkusan hadiah secara percuma untuk pembelian RM50 dan ke atas. Selain itu, ada juga kaunter makeover yang memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan solekan secara percuma oleh jurusolek terlatih. Buat mereka yang ingin konsultasi daripada ahli farmasi Watsons, kaunter dibuka dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.