Berapa lama proses yang diambil menyempurnakan wangian My Burberry ini?

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

1

Proses keseluruhannya boleh dikatakan mengambil masa sehingga lapan bulan dalam mencari bahan yang tepat dengan visi Christopher Bailey kali ini iaitu untuk mencipta satu wangian ikonik bagi jenama Burberry. Bermula pada Februari 2013 dan proses berterusan sehingga lapan bulan seterusnya. 2

Ilham penciptaannya lebih konstruktif. Idea Christopher Bailey adalah untuk menterjemah kisah seorang wanita yang berada di sebuah taman di London selepas hujan. Dan tanggungjawab saya adalah untuk mentafsirkan idea cerita tersebut dengan formula yang tepat bagi menghasilkan sesuatu yang ikonik dan timeless. Kajian dilakukan berdasarkan guideline ini dan semuanya sempurna sepanjang proses pembikinan daripada pemilihan bunga yang tepat sehingga kepada proses membikin botol dan kempen wangian ini.

Boleh ceritakan sedikit tentang proses keseluruhan membuat wangian ini?

3 terikat pada bahan yang digunakan kerana anda mungkin melihat bahan yang serupa digunakan dalam wangian lain. It’s how we put things together. Daripada proses awal memahami visi jenama ini sehingga terciptanya haruman sebenar. Apa yang boleh saya katakan My Burberry bukanlah sebuah produk yang disifatkan sebagai totally polish. Ia punya elemen yang saya sebut sebagai ruggedness and twisted. Cara Delevingne contoh terbaik menggambarkan elemen British dalam wangian ini. Dia tidak terlalu sempurna cantiknya tetapi punya satu elemen yang cukup kuat dan tersendiri. 5

Bagaimana anda menyatukan aspirasi Burberry dan pada masa yang sama menjadikan ia sentuhan peribadi?

Difficult to say. Ia antara seratus peratus formula ciptaan saya dan seratus peratus lagi idea jenama ini. Keseimbangan ini sebenarnya sukar diperkatakan, it takes two to tango. Saya andaikan begini – perfumer sama seperti seorang aktor. Ia bukan filem anda tetapi anda sebahagian daripada filem yang diterbitkan jadi keseimbangan boleh dicipta menerusi kerjasama yang dijalin. 6

Sebagai seorang perfumer yang sudah memiliki jenama sendiri mengapa anda masih memilih untuk berkolaborasi bersama jenama lain?

Sudah tentu kerana pengalaman kerja yang berbeza dan saya berasa bertuah dipilih Burberry. Kerjasama ini membolehkan saya menyelami visi dan aspirasi Burberry serta berkongsi pengalaman yang ada dalam menghasilkan wangian yang berbeza. Bekerja bersama jenama lain membolehkan saya mengembangkan kebolehan di samping merasai suasana kerja yang berbeza. 7

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.