MENGAPA PERLUNYA PRODUK TAMBAHAN?

EH (Malaysia) - - Rambut -

Syampu sememangnya item wajib untuk membersihkan rambut dari kotoran selepas seharian terdedah kepada persekitaran. Ia memberi kebaikan kepada rambut, tetapi perlu disokong oleh produk lain bagi menguatkan lagi proses pemeliharaan rambut. Tidak mungkin sebotol syampu mampu untuk menampung semua kebaikan dalam suatu masa di mana struktur kimia yang terhad dan tidak memungkinkan penghasilan produk yang terlalu hebat dalam satu botol sahaja. Justeru, kita memerlukan produk tambahan untuk ‘membantu’ syampu menghabiskan kerja yang dimulakan syampu. Seperti contoh, adalah perlu untuk menggunakan perapi rambut selepas syampu kerana ia melengkapkan proses pembersihan oleh syampu.

Serum rambut pula adalah produk berasaskan silikon yang membaluti permukaan rambut, tidak seperti minyak rambut yang menyerap ke dalam kutikel dan mengakibatkan perubahan kepada struktur rambut. Penggunaan serum penting di mana ia menjadikan rambut kelihatan sihat, bersinar serta tidak kusut. Oleh kerana ia mengandungi silikon, ia memantulkan cahaya dan menjadikan rambut anda kelihatan sihat dan bersinar. Selain itu, serum mengelakkan rambut dari kotoran dan lembapan habuk. Ia membentuk satu lapisan untuk melindungi rambut dari pendedahan yang merosakkan seperti sinaran matahari secara terus dan bahan kimia berbahaya.

Bagi sesetengah pengguna, serum rambut menjadi kayu ukur kesihatan rambut. Ada yang mula menggunakan produk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.