HELLO FIRST TIMER!

EH (Malaysia) - - Rambut -

Berikut adalah perkara yang perlu diambil berat apabila anda menggunakan serum rambut, terutamanya kepada mereka yang baru bercadang untuk mengamalkannya.

Ketika anda melumurkan serum, jangan sesekali digosok kasar pada permukaan kulit kepala. Oleskan pada rambut dengan menggunakan jari jemari atau disikat lembut.

Jika anda rasa rambut menjadi kasar dan kering dek penggunaan serum, jangan ragu untuk menukar jenamanya mungkin kerana jenama

Layari WWW.EH.COM.MY untuk makanan yang baik untuk

rambut. itu tidak sesuai dengan jenis rambut anda.

Semua perkara jika digunakan terlalu banyak boleh mengundang masalah, begitu juga halnya dalam penggunaan serum. Oles serum pada rambut dalam kuantiti sederhana dan cuba untuk tidak menggunakannya setiap hari. Jika pun ingin gunakannya setiap hari dek kegusaran anda terhadap kesihatan rambut, gunakan ia dalam kadar sedikit. Kebanyakan serum mengandungi ekstrak pekat dan likat, justeru baik untuk menggunakannya dalam kadar yang telah ditetapkan. Oles serum pilihan anda ketika rambut masih lembap dan dikeringkan sedikit dengan tuala, bukan pada rambut yang basah berair.

Tuang beberapa titik serum pada telapak tangan dan gosok perlahan agar haba yang terhasil dapat mengaktifkan kebaikan serum. Kemudian sapu pada rambut sehingga ke penghujungnya menggunakan kedua belah tangan.

Beri perhatian pada akar dan hujung rambut, dan kemudian berus atau sikat rambut secara menyeluruh.

Jangan gunakan serum secara kerap tanpa membasuh rambut terlebih dahulu kerana ia akan mengakibatkan rambut berminyak dan kelemumur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.