Rawatan kuku sendiri

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

Tangan adalah jambatan yang menghubungkan anda dengan dunia. Melalui tangan anda berjabat tangan dengan pelanggan dan menetapkan hubungan perniagaan. Dengan usapan lembut di rambut anak anda bisa beri rasa tenang padanya dan juga menambat kasih antara anda dan si kecil. Terlalu banyak yang dilakukan menggunakan tangan yang menyebabkan ia terdedah kepada cahaya matahari secara berterusan, kuman, kotoran dan sebagainya. Apa yang menjadikannya bertambah serius adalah apabila anda sering mencuci tangan yang menyebabkan kulit di sekitar tangan menjadi kering dan berkedut. Berikut adalah cara bagaimana ‘memberi’ kasih sayang kepada tangan yang banyak berjasa: 1Kenali

Kehidupan yang sibuk menjadikan mustahil untuk anda mendapatkan rawatan kuku di salun setiap hari! Justeru, lakukan sendiri di rumah dan mulakan dengan perkara asas seperti: Tidak menggigit kuku dan jari. Gunakan pelembap di kuku dan juga kulit tangan.

Pembersih pewarna kuku bisa merosakkan kuku, jadi elakkan gunakannya dengan kerap.

Jangan tarik kutikel kerana ia akan menyebabkan luka, sebaliknya gunakan kain lembap suam dan tolak ke atas dengan perlahan sehingga ia tercabut. 6Penjagaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.