JANGAN ABAIKAN INI!

EH (Malaysia) - - Seks -

TISU PENGELAP LEMBAP Ramai wanita yang tidak begitu selesa dengan penggunaan tisu tandas, dan beralih kepada tisu pengelap lembap yang dikhaskan untuk bayi. Jika ramai ibu bapa yang memilih pengelap itu untuk bayi mereka, semestinya ia selamat juga untuk kita menggunakannya. Betul bukan? Tidak semestinya.

Sesetengah jenama produk pengelap bayi boleh mendatangkan keradangan kulit dan iritasi kepada alat kelamin. Bahan kimia yang terdapat di dalam tisu pengelap ini dengan mudah boleh meresap ke faraj. Bahagian alat sulit wanita adalah kawasan kulit yang paling sensitif dan pendedahan secara terus kepada sebarang bahan kimia atau bendasing menyebabkan ia tertinggal di vagina sekali gus mengakibatkan radang atau iritasi. Ia juga boleh menyebabkan kandungan yis di faraj tidak stabil dan kekeringan mukus.

Bagi mereka yang begitu berhati-hati selepas melakukan seks dan mengelakkan daripada kebarangkalian mengandung, mereka akan segera membersihkan air mani. Namun, jangan sesekali memasukkan tisu pengelap basah ke dalam vagina untuk membersihkannya. Pertimbangkan cadangan untuk membersihkan air mani itu dengan air yang dilalukan secara menerus pada faraj pada kelajuan air yang perlahan. JANGAN sesekali memasukkan air dalam kelajuan kuat yang boleh merosakkan serviks. Selain itu, boleh juga cuba cara senaman Kegel, iaitu kemutan faraj yang dilakukan secara berperingkat bagi mengeluarkan air mani selepas melakukan hubungan intim.

Jika anda ingin gunakan tisu pengelap basah, cari yang tidak mempunyai kandungan sabun yang tinggi dan Jika anda menggunakan tisu tandas mahupun tisu pengelap basah, pastikan lap dari bahagian depan ke belakang. Ini bagi mengelakkan kotoran di bahagian dubur memasuki kawasan tertutup faraj. wangian. Boleh untuk menggunakan tisu pengelap basah untuk bayi, namun bergantung kepada kesesuaian anda. Sebaiknya pilih tisu pengelap khusus untuk faraj dan kesihatan alat sulit wanita. Pastikan ia sentiasa ada dalam simpanan ke mana jua anda pergi, terutamanya ketika melancong.

JANGKITAN PADA FARAJ Faraj boleh mengalami keradangan atau iritasi disebabkan oleh organisma hidup seperti yis, bakteria atau virus. Selain itu, faraj juga mudah terdedah dengan bahaya iritasi melalui penggunaan bahan kimia daripada sesetengah krim, penyembur, minyak wangi, produk yang tercemar malah jenis fabrik atau busana yang dipakai. Dalam sesetengah kes, keradangan pada faraj berlaku akibat jangkitan daripada hubungan seksual bersama pasangan. Penggunaan pil perancang, antibiotik yang tidak sesuai dengan tubuh , diabetes serta pengambilan ubatan juga boleh menyebabkan radang mahupun jangkitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.