SUDUT SERIUS KANTA LEKAP

EH (Malaysia) - - Kesihatan -

Kanta lekap pertama di dunia dicipta pada 1887 dan diperbuat daripada kaca yang menutupi keseluruhan anak mata. Kini, kecanggihan teknologi serta pengetahuan yang lebih meluas menjadikan inovasi pembuatan kanta lekap menyaksikan kepelbagaian yang lebih relevan. Rabun jauh atau sekadar ingin kelihatan cantik dengan anak mata berwarna, kanta lekap dicipta mengikut keperluan harian pengguna. Seramai 70 peratus pengguna kanta lekap di Malaysia adalah mereka yang berusia 18 sehingga 34 tahun* dan kebanyakan mereka masih tidak tahu bagaimana untuk memilih kanta lekap yang sesuai dengan keperluan mata. Ketika awal pengenalannya di Malaysia sekitar tahun 1980an, kanta lekap diberi secara preskripsi kepada mereka yang benar-benar layak. Namun, semakin lama cara itu semakin hilang di mana kita boleh lihat penjualan kanta lekap di merata tempat,

Layari termasuk di pasar malam! Sikap kedai optikal yang menjual kanta lekap tanpa preskripsi dan juga pengguna yang memandang enteng akan penjagaan mata menyebabkan ramai antara kita mendapat masalah akibat tidak didedahkan dengan ilmu yang cukup. Majlis Optik Malaysia (MOC) mengedarkan risalah berkaitan penggunaan kanta lekap dan juga menyediakan kursus kepada kedai optikal bagi membantu pengguna. Selain itu, MOC bertanggungjawab mengadakan Contact Lens Competency Examination (MAPO) bagi memberi kelayakan kepada pengusaha kedai optikal seluruh Malaysia dalam memberi khidmat berkaitan kanta lekap.

YANG MANA UNTUK ANDA?

Selebriti tempatan

yang gemar memakai kanta lekap berwarna. Kecanggihan teknologi menjadikan semua perkara menjadi mudah, termasuk penciptaan kanta lekap yang selamat dan tidak leceh untuk digunakan. Penghasilan kanta lekap jenis hidrogel memberi lebih keselesaan berbanding polymethylmethacrylate (PMMA) yang digunakan secara meluas ketika mula diperkenalkan dahulu. Kanta lekap berwarna sering menjadi pilihan, terutamanya warga Asia dek demam K-pop yang melanda sehingga sekarang.

TIP PEMILIHAN KANTA LEKAP BERWARNA:

Pilih warna yang sesuai dengan kulit. Warga Malaysia kebanyakannya gemar memilih rona kelabu dan coklat kerana ia tampak semula jadi. Mungkin rona hijau mahupun ungu hanya sesuai untuk mereka yang membuat persembahan di pentas yang membolehkan look lain dari yang lain.

Kanta lekap yang mempunyai dua hingga tiga warna menjadikan rona mata lebih semula jadi.

Ada kanta lekap yang dicipta bertujuan menjadikan mata kelihatan besar. Pastikan anda pilih yang tidak terlalu besar diameternya, bimbang wajah kelihatan pelik pula.

Bagi mereka yang menggunakan kanta lekap bertujuan sekadar sebagai kosmetik, pastikan anda menjaga kebersihan dan tatacara pemakaian dengan betul. Bimbang jika penjagaan sambil lewa menyebabkan jangkitan kuman.

Kanta lekap yang tidak mempunyai lingkaran gelap di bahagian luarnya menjadikan rona mata kelihatan lebih semula jadi.

*sumber Kosmo Online.

WWW.EH.COM.MY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.