INSTRUMEN BAHAGIA

EH (Malaysia) - - Etika -

Teori bahagia yang boleh anda jadikan panduan untuk keseimbangan bahagia yang sempurna.

Semuanya bermula daripada pemikiran anda. Jika anda fikir anda bahagia tiada siapa yang boleh menyangkal atau mempertikai. Tetapi jika perasaan anda menolak idea bahagia yang ada dengan keinginan yang melampaui kemampuan ia boleh memusnahkan idea pemikiran tadi. Usah terlalu berfikir bagaimana anda mampu sempurna dalam semua hal kerana kenyataannya anda tidak boleh mengawal semua perkara.

MINDA

Kunci bahagia adalah gaya hidup yang sihat. Ia sebenarnya datang daripada pemikiran yang sihat. Tiada individu yang sakit bahagia kecualilah anda percaya pada idea karakter-karakter yang dicipta John Green dalam novel-novelnya.

KESIHATAN

KASIH SAYANG

Sebetulnya ini merupakan instrumen paling kurang diberi perhatian ramai orang bila idea bahagia dinilai melalui wang ringgit. Nilai ini seperti dipinggirkan – sama ada kerana ego atau sikap mementingkan diri sendiri.

Wang mungkin tidak mampu membeli kebahagiaan sepenuhnya tetapi wang mampu memberi anda pilihan hidup yang lebih baik. Bak tulisan Gretchen Rubin – it is how you spend on it. Antara kesenangan masa singkat atau masa panjang yang dicari.

WANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.