NILAI BAHAGIA

EH (Malaysia) - - Etika -

Scott turut membuat teori masa yang dikaitkan dengan nilai bahagia. Menurutnya manusia boleh merancang untuk satu kehidupan sempurna dengan wang. Tetapi tidak bermakna wang adalah instrumen penting membuktikan anda bahagia. Mungkin orang di luar akan menganggap anda bahagia dengan kemewahan yang dimiliki namun hakikatnya orang yang memiliki kemewahan berbentuk material hari ini adalah manusia yang tidak bahagia. Pretentious – tulis Scott lagi dalam artikel serupa. Melalui kemewahan yang ditunjuk-tunjuk secara maya ini mereka menjual idea bahagia yang kabur tafsirannya. Bercuti ke sana ke mari atau memuat naik item berharga yang dibeli sebagai lambang sempurna hari ini. Tetapi ramai yang lupa nilai bahagia yang sejati bukan berdasarkan material.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.