5 Pekerjaan Paling Bosan

EH (Malaysia) - - Kerja -

= MEMBUANG MASA Kajian terkini yang dijalankan di beberapa negara maju mendapati kes begini semakin meningkat peratusannya. Sandi Mann, ahli psikologi memberitahu CNN budaya kerja seperti mesyuarat yang terlalu panjang dalam satu hari tidak membantu produktiviti kerja yang akhirnya mengundang bosan dan tekanan kerana terlalu banyak hal yang perlu difikirkan tanpa tahu apa yang patut dilakukan. Masa yang dihabiskan dalam bilik mesyuarat berjam-jam lamanya harus digantikan dengan aktiviti yang lebih produktif kerana anda tidak boleh menjadi produktif jika anda bosan dengan apa yang anda lakukan.

Selain hal tersebut pengkhususan kerja atau mengulang aktiviti serupa tanpa mahu memperbaiki sistem kerja juga menjadi faktor utama kebosanan di tempat kerja. Jenna Goudreau menerusi artikel Bored In The Office:

Layari WWW.EH.COM.MY untuk 5 Pekerjaan

Paling ‘Fun.’ Is It A New Productivity Killer? menulis 71 peratus rakyat Amerika Syarikat hari ini gagal mencapai makna produktiviti kerja dek kerana tiada lagi kemahuan untuk menaik taraf kualiti kerja masing-masing. Jenna turut menyenaraikan beberapa faktor lain mengakibatkan pekerja hari ini semakin bosan dengan tugasan yang diberi antaranya idea yang sering ditolak oleh orang atasan, suasana tempat kerja yang suram dan tiada cabaran baru dalam tugasan.

Jenna menambah ramai orang hari ini menganggap bosan adalah perkara yang tidak perlu dipandang serius namun hal ini merupakan salah satu faktor pendorong tekanan dalam hidup manusia hari ini. Sebagai manusia anda perlukan komitmen untuk kekal produktif dan mengenal erti tanggungjawab. Harus sentiasa mahu ke hadapan melakukan sesuatu yang di luar kemampuan tetapi masih lagi tidak melanggar skop kerja. Lakukan semahu mungkin dan jangan melakukan sesuatu sekadar mahu menyiapkan tugasan yang diberi kerana hal beginilah yang membuatkan anda muda bosan juga tertekan dengan tugasan harian di pejabat. Ahli psikologi, Dr. Sandy Mann menyenaraikan lima bidang kerja yang mudah mengundang bosan Pentadbiran Industri Pembuatan Jualan Teknologi Maklumat Perbankan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.