TOUCH N GO

EH (Malaysia) - - Wang&anda -

Pasti semua orang pernah menghadapi situasi ini. Ada pula keadaan di mana mesin ATM jauh di hujung bangunan dan tidak berkesempatan membuat pengeluaran. Masalah ini mungkin timbul kerana anda tidak menggunakan perkhidmatan dompet elektronik yang kini menjadi trend yang memudahkan perjalanan hidup anda.

Inovasi canggih mula memperkenalkan pembelian tanpa tunai atau dompet elektronik dimana anda tidak perlu lagi membawa sejumlah wang dengan kadar yang banyak ke mana jua anda pergi. Mungkin selama ini anda hanya tahu mengenai kad bank yang menggunakan transaksi debit atau kad kredit yang mencatatkan hutang dalam diari perbelanjaan anda dimana anda menggunakan wang yang tidak anda punyai atau melebihi apa yang ada di dalam simpanan.

Peranti jenama ini adalah medium yang paling meluas penggunaannya di Malaysia. Ramai yang masih tidak tahu bahawa kad Touch n Go bukan sahaja digunakan untuk pembayaran tol trafik dan pengangkutan awam, malah ia boleh digunakan untuk pembelian hidangan, barangan kecantikan, farmasi, pembelian barangan runcit serta di taman tema terpilih. Ketahui syarikat atau perniagaan mana terlibat yang membolehkan anda menggunakan kad Touch n Go untuk pembayaran di laman sesawang www.touchngo.com.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.