BUDAYA ‘STALKING’

EH (Malaysia) - - Anda&dia -

naik atau sebenarnya dia tertarik pada Anna sendiri – new method of flirting. Setelah dia berkongsi cerita dengan teman-temannya, satu kesimpulan dibuat – ya lelaki tersebut memang sedang cuba menarik perhatian Anna.

Media sosial sebenarnya dalam diam mencipta satu lagi budaya yang saya tidak pasti sihat atau tidak – stalking atau dalam bahasa Melayu disebut mengintip secara diam akan aktiviti a total stranger yang mungkin akan jadi ‘lover’ atau ‘hater’. Perihal ini disebut Emma Golden dari laman web sosial Thought Catalogue sebagai sesi membunuh waktu senggang. Ia boleh bermula dari satu akaun teman rapat dan berlarutan dengan membuka akaun orang lain hanya dengan menggunakan hashtag. Selepas itu anda ibarat mengembara ke pelosok dunia secara virtual. Dengan aktiviti ini anda boleh bertemu dengan individu yang anda suka dan dari medium ini juga mampu menjadi platform untuk anda memulakan langkah ‘menjerat’.

Ada yang bermula dengan satu ‘Like’ tanpa mengikut akaun individu yang diintip. Sehari satu ‘Like’ untuk mendapatkan perhatian mereka. Hal ini berlarutan sehingga perhatian teralih dengan menerima ‘Like’ kembali atau jika anda bernasib baik mereka akan klik butang ‘Follow’ pada akaun anda. Jika salah satu daripada anda berani memulakan langkah seterusnya seperti mengutus komen yang bersifat menarik perhatian. Satu forum di laman web sosial Dorkdiaries.com seorang gadis membuka topik How To Get Crush Attention on Instagram mencari jawapan kepada satu isyarat yang pasti sama ada online crush itu berjaya ditarik perhatiannya atau tidak. Rachel Renée Russell menyifatkan gadis tersebut sebagai gila bayang di alam maya. “Aktiviti begini sebenarnya tidak sihat dan hanya membuang masa dengan mengkhayalkan sesuatu yang tidak pasti.” – tulis Rachel lagi menerusi forum serupa.

Berbalik pada cerita Anna tadi dia akhirnya memutuskan untuk menghantar pesanan privasi (direct message) di akaun Instagram dengan menghantar pesan helo beriring gambar sebagai pemula. Dalam diam dia juga sebenarnya sedang ‘mencari’ perhubungan yang real – for good. Dia hanya menerima balasan daripada lelaki tersebut selang beberapa hari mesej diutus. Mereka memutuskan untuk keluar bersama dan apa yang jadi seterusnya adalah satu perhubungan yang manis. Ini mungkin magis yang boleh jadi pada sesiapa sahaja sekalipun ia perihal yang agak sukar untuk berlaku.

Daripada pertemuan empat mata yang tidak memberi apa-apa isyarat atau makna kepada satu perhubungan alam realiti yang disatukan menerusi medium alam maya. Daripada I like your photo boleh jadi I like yourself. Satu lagi kes serupa dilaporkan NBC News dalam artikel Dating Apps That Promise Love, Not Match Overload turut berlaku pada Jennifer Crawford (31) yang bertemu jodohnya Roshan Alvares (37) hanya bermula dengan satu ‘Like’ di Instagram. Tulis Keith Wagstaff menerusi artikel serupa – dalam dunia yang serba pantas dan mudah ini hampir tiada perihal yang tidak mungkin boleh terjadi selagi anda mahu ia menjadi kenyataan.

JADI ‘STALKER’ YANG BIJAK

Budaya memikat hari ini menjadi lebih luas dan mudah tulis Rachel Renée Russell. Generasi hari ini punya keyakinan yang lebih tinggi di media sosial berbanding alam realiti. Tiada apa yang salah tentang akan hal ini cuma gusarnya adalah sejauh mana keberkesanannya dan sejauh mana ia mampu memberi harapan yang betul buat pengguna akaun media sosial. Anda boleh menjadi stalker, pengagum dari jauh atau apa sahaja label yang diberi namun harus bijak dalam percaturan. Tidak salah bermula dengan ucapan helo atau memberi komen tetapi jangan terlalu obvious dan nampak terdesak tulis Emma Golden menerusi ThoughtCatalog. Jangan juga terlalu hanyut di alam maya kerana realitinya di luar – anda masih perlu bertemu empat mata dan mengenal individu tertentu secara realiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.