CARA MASAKAN TRADISIONAL

EH (Malaysia) - - Santai Kota -

resca membawa maksud ‘fresh’ atau ‘cool’ adalah cetusan ilham dua beradik yang jatuh cinta dengan keunikan negara Mexico. Kunjungan sebanyak dua kali ke sana membuka mata mereka pada kepelbagaian resam budaya dan paling utama keenakan makanan jalanan yang cukup asli. Sama ada melalui jalan darat dan udara lawatan tersebut memperkenalkan mereka kepada kekayaan sejarah yang agung seperti peradaban Aztec dan Mayan juga peninggalan koloni Sepanyol dan pengaruh dari Amerika Syarikat yang turut sedikit sebanyak mencorak cita rasa pada sajian tradisi Mexico.

Terletak di aras bawah di The Gardens Mall, Fresca Mexican Restaurant & Bar ingin memperkenalkan makanan asli Mexico yang kaya dengan variasi rasa, dekorasi pancawarna dan penggunaan rempah ratus. Kekacang, cili dan salsa atau sos yang banyak digunakan dalam hampir kebanyakan resepi masakan Mexico punya banyak persamaan dengan masakan dan cita rasa tempatan.

Melangkah masuk ke restoran ini saya disambut oleh salah seorang pemilik Fresca iaitu Lim Meng Jan yang baru saja selesai membuat food tasting bersama barisan chef Fresca. Rekaan dalaman menampilkan kombinasi perabot tradisi seperti panel kayu dan gerbang yang diperbuat daripada bata bersama elemen contemporary industrial menggunakan siling terbuka dan pintu besi. Seni budaya Mexico yang kaya boleh dilihat pada jubin talavera berwarna-warni dan tembikar buatan tangan juga lukisan yang boleh didapati di sekitar restoran. Jalapeno

Pappers

Keistimewaan Fresca terletak pada botanas atau hidangan kecil sebagai makanan pembuka selera yang boleh dikongsi bersama. Kebanyakan botanas yang dihidangkan di sini adalah makanan jalanan yang popular di seluruh Mexico. Antara botanas yang dihidangkan adalah Taco Ensenada, Taco Alambre dan Jalapeno Poppers yang merupakan cili jalapeno yang disumbat dengan daging dan keju cair. Sambil itu saya dihidangkan dengan tiga jenis minuman Agua Fresca iaitu Horchata (dibuat daripada beras bersama susu dan serbuk kulit kayu manis) selain Mango Agua Fresca yang sangat menyegarkan. Kegemaran saya adalah jus avokado yang enak berkrim.

Guacamole dan pico de gallo juga tortilla jagung dimasak secara tradisional di dapur Fresca setiap hari. Pollo a la Parrilla atau ayam panggang yang menggunakan resepi rahsia iaitu kopi di atas sizzling plate dihidangkan bersama nasi hijau Mexico antara hidangan signature yang perlu dicuba selain Fajitas, Enchiladas dan Quesadilas. Sebagai penutup, pengunjung wajib mencuba pencuci mulut popular Mexico iaitu churros. Di Fresca, churros yang disaluti dengan serbuk kulit kayu manis dan gula dihidangkan bersama sos coklat dan sos karamel susu kambing.

Buat pencinta muzik, setiap Jumaat malam ada sesi live band yang menampilkan kumpulan muzik tempatan baru dan lama. Berita baik buat yang berada di pusat bandar kerana restoran kedua Fresca dijadualkan dibuka bulan ini di pusat beli belah Avenue K.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.