SAJIAN TEH SRI LANKA

EH (Malaysia) - - Berita Santai -

Dilmah Tea mula diperkenalkan pada 1988 oleh Merrill J. Fernando dan dia menjadi pengeluar teh pertama yang menawarkan teh yang dipetik, diproses, dibungkus dan dijenamakan terus dari ladang kepada pelanggan. Baru-baru ini Dilmah Real High Tea Challenge dianjurkan sebagai satu pendekatan kontemporari bagi mendefinisikan semula konsep high tea era baru dengan menekankan kepentingan teh sebagai kandungan utama dalam dunia gastronomi. Pertandingan ini disertai oleh 14 pasukan profesional dan pemenang berpeluang dibawa ke negara kelahiran Dilmah, Sri Lanka. Tambah istimewa pemenang berpeluang menyediakan sajian bersama teh untuk keluarga Dilmah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.