KOLEKSI SERI HANA DARI AVON HOME

EH (Malaysia) - - Berita Deko -

Bunga sakura menjadi ilham utama buat koleksi terbaru Avon Home yang dinamakan sebagai Seri Hana. Koleksi komprehensif buat tata gaya kediaman ini terdiri daripada aksesori ‘softfurnishing’ (hiasan fabrik) dan siri bekas hidangan makanan. Setiap barangan dalam koleksi ini turut menerapkan elemen popular Melayu dan Jepun - jahitan ruches pada hiasan fabrik (Melayu) dan bekas modular berlengkuk moden bak rekaan minimalis Jepun. Himpunan aksesori fabrik lembut untuk ruang tamu terdiri dari Seri Hana Table Cloth, Table Runner dan Cushion Cover. Setiap barangan diperbuat dari gabungan elegan panel tafeta jacquard dan fabrik ala sutera berwarna fuschia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.