PERMAINAN KLASIK

EH (Malaysia) - - Berita Deko -

Royal Selangor menyuntik sentuhan moden kepada permainan tradisional popular, catur. Koleksi ini terdiri daripada sebuah set catur barat dan set catur Cina dan ia menemukan kayu dan piuter dalam reka bentuk yang menarik. Reka bentuk semua set catur barat terkini berasal daripada model Staunton dan dinamakan sempena Howard Staunton, pemain catur Inggeris terkenal pada abad ke-19. Set catur ini, diilhamkan oleh reka bentuk neo classical di London pada Zaman Ratu Victoria. Untuk pembahagi papan catur Cina ditanda dengan ungkapan ‘Sungai Chu’ dan ‘Sempadan Han’ merujuk kepada jurang yang memisahkan Kerajaan Chu daripada Han semasa perang Chu-Han.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.