Nadia Khan

EH (Malaysia) - - Inspirasi -

anda pembaca setia kami, bukan lagi nama asing. Dia merupakan kolumnis tetap bagi ruangan Tinta saban isu. Jika tahun lalu Agensi Curi Jodoh dikongsi, tahun ini Nadia terus menyumbang bakat tulisannya menerusi novel bersiri Pakar Sakit Hati. Novel Kelabu yang diterbitkan Buku FIXI pada tahun 2011 diulang cetak lebih sepuluh kali menjadi bukti novelis ini hadir dengan corak penulisan yang dekat dengan pembaca novel lokal hari ini.

“Saya mula menulis sejak di bangku sekolah lagi untuk bacaan keluarga juga rakan-rakan. Selepas tamat pelajaran dalam bidang perubatan saya membuat keputusan untuk berehat seketika dan fokus terhadap penulisan. Alhamdulillahlah selepas kemenangan menulis skrip anjuran FINAS saya dipelawa salah seorang juri iaitu Amir Muhammad untuk menulis novel Kelabu bersama Buku FIXI.” Tambah Nadia lagi dia menyifatkan penulisannya sebagai naskhah yang santai, sinikal dan dekat dengan pembaca hari ini. Selain Kelabu, novel Gantung ( 2013) dan Cerpen ( 2012) yang merupakan koleksi cerita pendek tulisannya juga antara yang diterbitkan Buku FIXI.

Ada pengaruh atau inspirasi tertentu dalam penulisan? Soal saya padanya “Zaman membesar dulu saya banyak membaca Christopher Pike. Cara dia mewujudkan twist dalam penceritaan antara alasan mengapa saya suka membaca karya beliau. Namun jika ditanya sekarang saya banyak membaca dan gemar corak penulisan Maggie O’Farrell dan David Levithan sebagai inspirasi.” Nadia turut berkongsi cerita tentang mencari ilham yang boleh datang tanpa mengira masa. Namun aktiviti people watching – melihat ragamnya manusia antara cara mudah untuk dia mendapat ilham menulis. “Saya suka melihat kerenah manusia sebab dengan cara ini saya boleh mendapat idea mencipta karakter atau cerita. Selain itu menonton wayang juga membantu dalam memberi idea baru. Tak kiralah jika filem bagus atau sebaliknya. Jika ia bukan karya yang bagus pun kadang-kadang membantu dalam mendapatkan idea baru untuk menulis.”

Nadia menamakan Perhaps in Paradise tulisan Ellina Abdul Majid sebagai karya kegemarannya dan saat temu bual ini dibuat dia sedang membaca karya seperti Dog Pound, Deads End dan Dice Man. Apa perkara terbaik menjadi seorang penulis soal saya padanya “Sebetulnya lebih kepada kepuasan peribadi. Dapat lakukan apa yang saya mahu dan tidak terlalu terikat dengan rutin yang berulang. Saya lakukan ini kerana sudah sebati dengan jiwa.”

Jika Nadia memilih penulisan novel panjang sebagai medium sasteranya berbeza dengan yang selesa dengan penulisan puisi dan prosa. Buku pertamanya Seksi Ovari

Fazleena Hishamuddin

mencetus fenomena tersendiri. Jika dilihat di akaun Instagram pasti ada saja yang memuat naik gambar buku tersebut dengan caption yang memuji hasil karya ini. Saya menyoal Fazleena mengapa bidang ini yang menjadi pilihannya. “Dengan menulis saya dapat mengenal diri saya dengan lebih lagi dan melihat segala bentuk potensi yang ada dalam diri.”

Fazleena yang mendapat pendidikan dalam jurusan Kesusasteraan Melayu dan Sarjana dalam bidang Psikologi Kaunseling, Universiti Kebangsaan Malaysia ini menyatakan minat menulis sudah dipupuk sejak dia kecil lagi. “Abah sering membuat pertandingan menulis karangan antara kami adik-beradik untuk mengisi masa senggang dan saya sering memenangi pertandingan dalam keluarga ini. Setiap karangan saya akan ditampal di dinding sebagai motivasi. Jadi boleh dikatakan bidang penulisan bukanlah sesuatu yang asing. Sudah sebati dalam diri seiring saya membesar.”

Selepas tamat belajar Fazleena banyak bekerja di belakang tabir menulis untuk produksi iklan, program televisyen, drama dan filem pendek. Tawaran yang diterima oleh Sang Freud Press menerbitkan Seksi Ovari pada tahun 2012 disusuli dengan buku keduanya Bibir Ceri Melati yang diterbitkan awal tahun ini. Membaca komen-komen yang telah membaca di laman web GoodReads semuanya menyatakan komen-komen yang cukup memberangsangkan. “Saya seorang yang realistik. Saya tak pandai menulis sesuatu yang terlalu fiksyen atau absurd. Semuanya tentang apa yang berlegar di sekeliling saya juga pengalaman peribadi. Secara ringkas boleh dikatakan penulisan saya sebagai emphatic, poetic, jujur dan feminism.” Tambah Fazleena lagi wanita merupakan subjek yang paling dominan dalam karya-karyanya keran dia mahu mengangkat wanita ke tempat yang sepatutnya. Dia mahu wanita lebih optimis, berdikari dan punya nilai tinggi dalam masyarakat.

Pengaruh sastera Fazleena saya kira banyak datang daripada penulis-penulis Indonesia apabila dia menamakan Dewi Lestari, Ayu Utami dan Chairil Anwar sebagai rujukannya. “Saya sukakan Dewi Lestari. Karyanya Rectoverso antara all time favourite dan saya sangat berharap satu hari nanti saya mampu menjadi sehebat beliau kerana kejayaannya saya sifatkan sesuatu yang luar biasa.” Fazleena menambah untuk menjadi seorang penulis seseorang itu harus sering menulis dan menulis. Jangan terlalu ambitious dan mudah berpuas hati. Perlu terbuka dengan kritikan serta tidak lelah untuk belajar dalam memperbaiki skil menulis.

Satu-satunya penulis lelaki yang kami tampilkan dalam sesi fotografi istimewa ini adalah Tanpa memiliki latar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.