NIKON D7100

EH (Malaysia) - - Lihat + Dengar + Baca -

Rangkaian digital SLR terkini Nikon siri D7100 ini antara yang paling baik dalam menghasilkan imej yang tajam dan jelas. Resolusi tingginya merupakan kelebihan utama D7100 yang berupaya merakam imej pegun dan video pada skala kualiti yang memberangsangkan. Sistem ISO tinggi sehingga 6400 mega piksel dilengkapkan bersama sokongan video HD 1920 x 1080 pada kadar 30 frame per saat. Rekaannya masih lagi mengekalkan identiti asli digital SLR cuma ciri-ciri paparan skrin digitalnya lebih mesra pengguna dan tidak sesukar sesetengah kamera digital lain yang sedikit rumit. Khusus buat yang mahu menjadikan fotografi sebagai hobi yang serius, Nikon D7100 menawarkan apa yang anda kehendaki dalam menghasilkan imej pegun dan video yang hebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.