KEMPEN #MYGIRLS ADIDAS

EH (Malaysia) - - Sekitar -

Adidas melancarkan kempen #mygirls yang dicipta oleh wanita kepada wanita untuk memberi inspirasi, sokongan dan motivasi terbaik, juga dalam masa sama meraikan wanita yang aktif bersukan. Pelakon dan fitness enthusiast Sharifah Sakinah terpilih sebagai duta Malaysia bersama-sama personaliti #mygirls Adidas iaitu Atilia Haron, Sazzy Falak, Megan Tan dan Elfira Loy. Kempen ini menyaksikan mereka memperagakan koleksi Adidas Women’s Sports Performance untuk musim luruh/sejuk 2014. Peraduan Instagram turut dijalankan yang menawarkan hadiah beli-belah koleksi terbaru Adidas tersebut bernilai RM5000 kepada pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.