CRISTINA SUZANNE

DIA MELALUI KEHIDUPAN SEBAGAI SELEBRITI DENGAN SEADANYA, BIMBANG JIKA TERALPA DALAM KERLIPAN DUNIA GLAMOR. KATANYA, DIA LEBIH SENANG UNTUK GO WITH THE FLOW!

EH (Malaysia) - - Muka Depan -

“Less Friends, Less Drama”

Khairul Abidin Ishak TEKS & PENYELARAS Yana Baharudin PENATA GAYA Muzammin PEMBANTU PENATA GAYA PENGARAH KREATIF Yantie Basharudin PEMBANTU ARAHAN SENI Aaron Lee (Lensworks) GAMBAR Khir Khalid (menggunakan Chanel) SOLEKAN

DANDANAN PAKAIAN & Chanel Resort Collection 2015 AKSESORI

Sudah lebih tujuh tahun saya menulis di EH!, dan sudah bekerja dengan berpuluh cover

girls, namun gadis yang seorang ini cukup berbeza, unik dan juga saya rasakan cukup istimewa. Jika anda punya tanggapan yang bersifat skeptikal terhadap hidup selebriti, percayalah

mindset anda itu akan serta-merta berubah jika anda kenal dengan Cristina Suzanne. Dia tidak membawa gaya hidup glamor selebriti, tidak meminta itu dan ini, juga tiada syarat do’s and don’ts. Dia hidup seperti orang biasa, malah saya berani katakan hidupnya terlalu ringkas dan saya dapat rasakan dia melalui hidup dengan seadanya tanpa meletakkan sebarang

expectation yang tinggitinggi.

Janji jam lapan malam, jam enam sudah tertera namanya di skrin telefon saya. “Cris dah on the way, tapi jangan terkejar-kejar, kalau sampai awal, Cris boleh tunggu. Jangan risau,” suaranya ceria di hujung telefon. Dan saya percaya sebelum jam tujuh kelibatnya sudah berlegar-legar di sekitar studio memandangkan trafik malam cuti Hari Malaysia itu cukup lancar, polos kesesakan.

Saya yang tiba bersama Khir Khalid sempat bungkuskan nasi lemak buat Cristina, sempat dia menjamah sebelum memulakan kerja. Di meja solek, Cristina yang mesra dipanggil Cris hanya duduk diam. Kaku. Dia membiarkan wajahnya ditata rias. Dia percaya dan hormat kepada kerja orang lain. Khir menyolek wajahnya dengan gaya polos, malah tiada secalit pun maskara dikenakan, apatah lagi bulu mata palsu. Khir tahu apakah gaya terbaik buat Cristina, dan Cristina membuktikan tanpa solekan yang tebal dan sarat warna dia masih tampak mempesona di depan lensa. Itulah Cristina, dirinya penuh kesederhanaan dan bijak sekali membawa diri. Hasil rasa selesa pada diri sendiri membuahkan keyakinan pada dirinya.

Saya menemu bual Cristina tiga hari selepas penggambaran. Bertemu di Simply D, The Curve, bual bicara kami bersulamkan spageti dan linguini. Keadaan restoran yang sedikit lengang menyajikan suasana tenang, membuatkan perbualan kami lebih rancak.

“Bagaimana Cris dibesarkan? Suasananya bagaimana?,” tebakan sulung saya malam itu. “Saya dibesarkan dalam ketegasan namun mewah kasih sayang. Mummy memang garang, saya dan kakak pula memang sedikit annoying. Tahu-tahu sahajalah waktu muda kan. Jika buat silap memang kena sebat. Bila Mummy buat keputusan untuk berpindah, saya sedikit rebel, namun lama-kelamaan saya dapat sesuaikan keadaan. Mummy dan Daddy memang tidak ajar saya dan adikberadik yang lain hidup senang, jika nak kan sesuatu kena usaha sendiri. Mummy banyak mengajar saya untuk berdikari.”

“MUMMY JUGA PERNAH PESAN PADA SAYA, KALAU KITA RASA KITA CANTIK, ORANG TENGOK KITA TAK CANTIK. KALAU KITA RASA KITA TAK CANTIK, ORANG TENGOK KITA CANTIK.”

Tambah Cris lagi, ibunya itu penuh dengan sikap ambil tahu. Walaupun duduk berjauhan, dia tidak pernah lepas tangan dan sentiasa memantau aktivitinya. “Mummy memang tak suka kalau saya pakai seluar pendek. Kalau dia nampak Cris pakai seluar pendek, dia akan ‘ha… nak ke mana pakai macam tu?’”.

“Bagaimana pula hubungan Daddy dengan Mummy memandangkan Daddy jarang ada di sini.” “Mereka berdua sangat romantik. Sampai sekarang, walau anak dah besar-besar mereka masih jalan berpegangan tangan. Memang Daddy jarang ada di sini, namun setiap hari telefon Mummy tak pernah sunyi dengan panggilan Daddy. Memandangkan beza waktu Texas dan Malaysia lebih kurang 12 jam, jadi biasanya pukul 12 atau 1 tengahari Mummy dan Daddy akan berbual di telefon. Tidak lama, tapi cukup untuk update each other.”

Ujar pemilik nama penuh Cristina Suzanne Stockstill ini lagi, ayahnya tidak pernah menghalang minatnya untuk berlakon. “Mummy atau Daddy sejak dulu lagi memang tidak pernah bercadang

mahu menentukan masa depan anakanak mereka. Mereka buka ruang kepada kami untuk buat apa yang kami suka. As

long as Cris happy, they are okay. Macam Cris dulu, masa kecil-kecil dihantar ke kelas gitar dan tekwando. Cuma, Daddy sebenarnya kurang senang bila Cris buat keputusan nak jadi pramugari.”

Bila Cris menyebut tentang kerjayanya sebagai pramugari suatu ketika dulu, terus saya bertanya tentang perasaannya bila terbaca tentang tragedi MH370 dan MH17 yang bukan sahaja menjadi peristiwa hitam dalam sejarah negara malah dunia. “Bila MH370 berlaku, saya ambil masa juga untuk digest berita tu. Kesibukan dengan kerja membuatkan Cris pada awalnya tidak berapa pasti apa yang terjadi. Dan bila peristiwa MH17 terjadi, saya lebih terkejut. Tidak sangka sependek itu jarak antara peristiwa MH370 dan MH17,” tambahnya yang juga pernah berkhidmat untuk syarikat penerbangan luar negara.

“Ada sesiapa yang Cris kenal terlibat dalam tragedi itu?”. “Masa lihat senarai nama mangsa MH370, Cris sedikit lega kerana tiada yang Cris kenal. Tetapi, cukup sedih bila mendapat tahu salah seorang mangsa MH17 adalah senior sewaktu saya terbang dulu, Dora. Dulu, pernah sekali Cris pecahkan gelas di Business Class, waktu itu saya baru sahaja kerja. Dan dialah yang tolong kutipkan. Muka garang tapi baik orangnya.”

Tambah Cristina lagi, pengalamannya bertugas sebagai krew penerbangan banyak mengajarnya dari segi survival. “Banyak yang saya belajar. Sebagai pramugari saya belajar untuk sentiasa merendah diri dan melayan semua orang dengan baik kerana orang yang naik kapal terbang itu terdiri daripada pelbagai latar belakang, misalnya bibikbibik pun deserve layanan setara dengan penumpang lain kerana mereka tetamu kita. Dari situ, saya belajar kita mesti hormat semua orang. Dan sebagai pramugari, wajib untuk saya menepati masa. Dulu, sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal saya mesti berada di bilik

briefing sebelum senior-senior datang.”

BELUM SEDIA SEPENUHNYA

Saya kira Cristina cukup bertuah. Hanya berbekalkan filem pertama dia sudah diangkat sebagai Pelakon Terbaik di Anugerah Skrin. Lakonannya sebagai Zara yang bergandingan dengan Redza Minhat juga melayakkannya tercalon di dalam senarai akhir untuk anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia yang akan datang. Jadi, lumrahnya pabila sudah mendapat gelaran pelakon terbaik tentunya orang meletakkan expectation yang sangat tinggi akan kualiti lakonannya menerusi filem mahupun drama seterusnya. Saya bertanya pada Cristina, adakah anugerah sulungnya itu membuat rasa risau singgah ke dalam dirinya.

“Sebenarnya ya. Saya selalu fikir itu adalah rezeki, dan saya mesti lakukan sebaik mungkin. Saya terlalu baru, dan banyak lagi watak yang belum saya pegang. Kemampuan saya belum tercabar sepenuhnya. Mungkin kebetulan watak Zara itu sesuai dengan saya, watak lain belum tentu lagi. Saya takut dikatakan tidak bagus. Setiap kali masuk set memang akan ada perasaan takut dan risau. Saya berbintang Aquarius, kita memang selalu fikir negatif dulu sebelum fikir yang baik-baik. Selalu sangat fikir fasal pandangan orang tentang kita. Tetapi sejujurnya anugerah itu buat saya happy, sekurang-kurangnya ada orang

acknowledge bakat saya,” jelasnya yang bermula sebagai pelakon tambahan untuk filem-filem indie seperti My Indie Rock Darling, dan dari filem itulah dia banyak berkenalan rapat dengan orangorang belakang tabir seperti Rewan Ishak.

“Apakah pesanan terbaik yang pernah diberikan pada Cris yang jadi pegangan Cris untuk survive dalam dunia hiburan?” “Osman Ali pernah pesan pada saya, kita mesti jaga masa dan hormat orang sekeliling. Saya rasa ingatannya itu

simple tapi cukup bermakna. Dalam hidup kita mesti hormat orang. Dan Mummy juga pernah pesan pada saya, ‘kalau kita rasa kita cantik, orang tengok kita tak cantik. Kalau kita rasa kita tak cantik, orang tengok kita cantik’. Dalam maksudnya tu.” Jawapan balas Cristina itu buat saya terfikir. Betul juga kata ibunya itu. Bila ada rasa rendah diri itulah yang buat orang menyenangi kita, mungkin itulah maksud yang cuba disampaikan.

Jika anda pengikut akaun Instagram

Cristina Suzanne (@cristinastockstill) anda akan sedar gambar-gambar yang dimuat naik cukup berbeza dengan gambar-gambar selebriti lain. Gambarnya tidak control cantik dan penuh dengan gambar random. Dan bilang Cristina pada saya, ada sebab mengapa dia selesa begitu. “Cris nak orang berfikir dan berteka-teki karakter Cris yang sebenar. Cris nak orang kenal Cris melalui kerjakerja Cris bukannya hal-hal peribadi. Lagi satu, budaya menilai orang berdasarkan gambar semakin berleluasa. Saya tak mahu terbitkan kontroversi hanya kerana sekeping gambar,” ujarnya yang bakal muncul menerusi filem Jwanita, gandingannya bersama Bront Palarae dan Maya Karin.

“Cris sebolehnya mahu asingkan soal kerja dan kehidupan peribadi. Sebab itulah jika di luar Cris lebih senang bergaya biasa, cukup sekadar apa yang selesa. Hendak berjalan pun selesa, orang tak perasan. Biar tak cantik, orang pun tak pandang. Lagipun saya ni clumsy, pakai cantik-cantik pun nanti comot,” balasnya yang sememangnya tampil ringkas petang itu. Sekadar bercelana denim, kemeja-T cetakan bunga, beg silang dan selipar.

“Kenapa Cris tak nak orang kenal? Cris taknak popular?” soal saya lagi. “Saya tak berani nak cakap saya tak nak popular. Kalau-kalau satu hari nanti tiba-tiba rezeki saya jadi popular, apa pula kata orang nanti. Cuma apa yang saya berani cakap, saya selesa dengan kehidupan saya hari ini. Apa yang akan berlaku di masa hadapan nanti, tunggu dan lihat sahaja. Go with the flow.”

“Tidak terfikir andai satu hari nanti ada yang sunting jadi jurucakap?” “Kalau ada, Alhamdulillah. It comes with the

job. Tetapi jadi jurucakap ada positif dan negatifnya. Buruknya, jika ada sesuatu terjadi salahnya orang tunding kita dulu sebab kita jadi wajah kepada produk itu. Baiknya pula, ia akan mengajar saya untuk lebih peka pada penampilan.”

Walaupun Cristina selesa berpakaian ringkas di luar waktu kerja, tetapi tiada siapa dapat menidakkan betapa

stunning nya dia pabila melangkah di karpet merah. Misalnya sewaktu ke Anugerah Skrin tahun lalu, gaun rona pic nude itu buat dia cukup menyerlah. Tetapi mungkin ada yang tidak tahu ada

“CRIS NAK ORANG BERFIKIR DAN BERTEKA-TEKI KARAKTER CRIS YANG SEBENAR. CRIS NAK ORANG KENAL CRIS MELALUI KERJA-KERJA CRIS BUKANNYA HAL-HAL PERIBADI.”

cerita menarik sewaktu Cristina di Anugerah Skrin.

Cristina ke Anugerah Skrin sendirian, malah dia memandu sendiri dalam gaun leret Nurita itu. Tiba di perkarangan Stadium Melawati, Shah Alam tiga kali penjaga parking menahannya. “Sampai penjaga parking yang ketiga, dia tahan saya. Tanya saya mahu ke mana. Saya cakap, saya mahu pergi tengok Anugerah Skrin. Saya tanya, tak boleh ke saya nak parking kat dalam, dia kata itu untuk tetamu VIP sahaja dan dia minta saya parking kat luar. Saya pun ikut sajalah.”

“Bila turun kereta saya mula kelam kabut, mana nak pegang kain, nak jaga mekap lagi, dah lah saya memang tak pandai jalan pakai

heels. Sampai perkarangan stadium, kena tunggu orang pas kad jemputan, kemudian kena tunggu pengesahan betul ke saya dapat undangan. Tapi saya okey saja. Memang tak sangka pun saya akan menang malam itu. Habis majlis terus call Mummy, tahan sahaja rasa nak nangis tu.”

PENCINTA MUZIK

Puas berbicara soal kerjaya, saya mengajak Cristina untuk berbual kosong. Saya cuba untuk mengenali dirinya lebih dekat, saya mahu mengenali Cristina di luar lensa kamera sebagai pelakon. Ujar Cristina, jika tiada kerja dia lebih senang menghabiskan masa di rumah sahaja. “Walaupun saya duduk di rumah, macammacam aktiviti boleh buat. Saya suka melukis. Dan sekarang saya dah berani untuk lukis atas kanvas gunakan warna minyak. Dan setiap hari, sama ada sibuk atau tidak saya mesti main gitar, paling kurang 15 minit.” Menurut Cristina, walaupun dia bukanlah seorang yang mahir bermain gitar, tetapi jika ada duit lebih dia akan membeli gitar baru. Setakat ini dia memiliki empat buah gitar.

Tambah Cristina lagi, jika ada masa lapang dia juga banyak berkunjung ke kedai muzik dan buku. Buku-buku pilihannya lebih menjurus kepada buku bercorak geografi, autobiografi dan pengetahuan am. Malah selepas interviu ini, kami berdua sempat singgah ke kedai buku dan banyak juga yang dibelinya. “Saya akan beli jika terjumpa buku yang saya suka, walaupun tidak banyak masa untuk membaca, tetapi bila cuti saya pasti akan duduk di rumah membaca buku-buku yang dibeli.”

Jika diminta memilih satu lagu yang menggambarkan dirinya, Cristina memilih lagu Hey, dendangan Julio Iglesias. “Sejak kecil Cris diperkenalkan dengan lagu-lagu oldies, dan Daddy selalu mainkan lagu ini. Saya masih ingat, masa kecil saya dengar lagu ini dalam kereta, duduk di belakang, buka tingkap dan tengok pemandangan sekitar Mersing. Lagu ini pada Cris romantik, buat Cris rasa relaks. Bila dengar lagu ni, rasa macam ada orang campak bunga.”

“Cris ada sasaran untuk beli sesuatu yang istimewa?” “Nak sangat beli Range Rover. Ingin sekali memiliki four wheel drive. Senang nak balik kampung, nak bawa masuk hutan pun boleh, nak letak banyak barang pun senang. Duduk di KL tak guna beli sport car, bukan boleh bawa laju pun..ha ha ha.”

Menurut Cristina lagi, dia tidak punya ramai kawan selebriti, setakat ini hanya Nad Zainal dan Hanis Zalikha yang betul-betul rapat dengannya. Walaupun tidak punya banyak masa untuk berjumpa, tetapi mereka saling

update each other. “Dengan Nad lah Cris pertama kali pergi ke spa. Kalau tidak, entah bila lah Cris akan ada pengalaman dibelai dan diurut. Best!” Ujar Cristina lagi, bukan dia memilih kawan tetapi dia punya prinsip less

friend less drama. Dia lebih senang dengan kawan-kawan lamanya. “Dalam berkawan jangan ada sikap suka bersaing. Rival is not

good, ia akan buat kita stres. Esok tua rupa kita semua sama, berkedut.”

Hasil mengutip pengalaman dalam bidang seni, banyak yang telah dipelajari. Ujar Cristina pada saya, hidup sebagai pelakon mengajar dia untuk berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu, sama ada dalam membuat pilihan mahupun tindakan. “Saya dulu selalu kelamkabut. Selalu terburu-buru, bila tak dapat apa yang dimahukan akhirnya frust. Hari ini saya belajar untuk go with the flow.”

Bila bercakap tentang fesyen, Cris mengakui dia sukakan fesyen tetapi dia bukanlah jenis orang yang selalu update dirinya dengan trend terbaru. Dia lebih senang dengan gaya street

wear, ringkas dan tidak terlalu mencuba. Bilang Cristina lagi, dia selalu juga membeli bajubaju di kedai bundle. Dan jika ke majlis besar, Nurita Harith berbesar hati untuk rekakan gaun istimewa buatnya.

“Karakter lelaki yang buat Cris senang?” soalan terakhir saya petang itu. “Saya suka lelaki yang gentleman, kemas dan wangi. Saya suka lelaki yang reserve, biar kita sendiri yang discover diri mereka sendiri. Jika keluar

date, saya suka sesuatu yang tidak dirancang, lebih suka pergi backpacking or diving instead

of shopping. Pada Cris, cara mudah untuk kenal diri seseorang ialah dengan pergi bercuti bersama. Tidak kira kawan atau sesiapa sahaja, personaliti dan karakter seseorang akan dapat kita lihat bila cuti bersama. Kalau sesat, kita tengok siapa yang cepat mengelabah. Siapa yang helpful, siapa yang tidak.”

TIADA MASKARA DICALITKAN DAN KHIR MENCALITKAN BIBIR CRISTINA DENGAN GINCU RONA SENADA DENGAN TON KULITNYA. TAMPAK NUDE TAPI HIDUP.

Semuanya serba polos. Khir Khalid sengaja memberikan sentuhan ringkas, katanya dia mahu hidupkan raut pan-asian Cristina Suzanne. Wajahnya dicalitkan bedak asas yang cukup tipis dan bahagian matanya disapu sedikit pembayang mata rona tanah. Tiada maskara dicalitkan dan Khir mencalitkan bibir Cristina dengan gincu rona senada dengan ton kulitnya. Tampak nude tapi hidup. Dan untuk dandanannya pula, Gary menyapu rambut Cris dengan minyak dan menyikatnya kemas dan cermat. Gary mencipta jambul leper dan berlekuk di tepi.

Chanel Joues Contraste Chanel Les 4 Ombres Chanel Le Vernis

Chanel Levres Scintillantes Ecriture De Chanel Stylo Eye-liner

Khir Khalid mengoles lipstik rona nude untuk look kali ini.

Chanel Levres Scintillantes

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.