CHLOE MORETZ SAH BERCINTA DENGAN BROOKLYN BECKHAM

EH (Malaysia) - - Yang Hangat -

Album studio kedua singer songwriter dari Britain ini mencatat julalan tertinggi sehingga Oktober lalu melebihi jualan album artis popular lain seperti Coldplay dan dan Sam Smith. Sejak mula diedarkan pada Jun lalu album dengan judul X ini kekal di carta jualan tertinggi dan pada minggu pertama sahaja ia terjual sehingga 182,000 unit. Sehingga artikel ini dibuat album Ed Sheeran masih mendahului carta album paling hangat dengan penjualan sebanyak 634,000 unit. Antara single yang menjadi hit daripada album ini adalah Sing yang turut menampilkan Pharrell sebagai penerbit trak ini. Teka-teki yang menjadi tanda tanya ramai pengikut dunia hiburan dunia akan hubungan aktres Chloe Moretz dan anak bujang pasangan berpengaruh Victoria dan Beckham akhirnya terjawab apabila Moretz mengakui mereka berdua sedang bercinta. Dalam satu program bual bicara Watch What Happens Live, Moretz berkata dia senang bersama Brooklyn kerana mereka berkongsi minat yang sama. Tambah Moretz lagi mereka bertemu atas kenalan masingmasing dan memiliki kelompok teman rapat yang sering bertemu di Los Angeles.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.