TIP PENGGAYAAN

EH (Malaysia) - - 101 Ilham -

1 Gaya K-pop adalah mengenai membuat statement fesyen paling menyerlah. Seperti kebanyakkan wanita Korea, pemakaian skirt, gaun pendek dan seluar pendek adalah utama dalam menzahirkan imej seksi dan quirky. Jika tidak yakin menunjukkan kaki anda, sarungkan leggings berwarna atau stoking panjang. 2 Layering is key dalam mencipta look K-pop yang diimpikan. Tetapi ingat, ia bukan semudah yang disangka kerana layering kebiasaannya akan membuat anda kelihatan lebih berat atau sebaliknya. Pakai bersama sepasang kasut tinggi supaya anda kelihatan lebih tinggi dan kurus. 3 Pemakaian aksesori antara elemen terpenting. More is more tetapi pastikan ia sepadan antara satu sama lain. Walauapun dalam penggayaan quirky, ia tidak bermakna anda boleh memadankan semua jenis aksesori dalam satu gaya. Pastikan aksesori tersebut compliment each other, jika tidak mahu kelihatan seperti sebatang pokok Krismas kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.