KISAH BUTIR GLAMOR

Cerita kembara Swarovski dari dulu hingga kini, serta rancangan dalam menyinari gaya serta momen indah musim perayaan.

EH (Malaysia) - - Kenali Jenama -

Layari WWW. EH.COM.MY Cara menjaga aksesori kristal. U mpama status rasmi wanita, menjadikan sinar gemerlap sebagai nadi pelengkap untuk setiap gaya. Biarpun kehadirannya minimum sudah mampu mengambarkan kegembiraan serta kepuasan, dalam erti kata lain mencapai simbol optimum feminisme. Jika kata orang, berlian adalah teman baik wanita, butiran kristal dari Swarovski turut punya fungsi yang sama. Selain menyumbang kerlipan serta menyelaraskan kemahuan sisi glamor, ia merupakan opsyen dalam harga yang lebih berpatutan. Jadi tidak mustahil jika rekaan moden dengan pembuatan yang tinggi serta kualiti yang terhasil dalam setiap rekaan gemerlapnya terus menjadi godaan hingga sudah menakluki lebih dari 2500 butik di seluruh dunia. Apa yang membuatkan Swarovski terus menjadi major player dalam dunia perhiasan kemas dan aksesori sedari 1895 hingga kini? Bermula di Bohemia, tempat ini adalah sebahagian dari Austro–Hungarian Empire dan juga terkenal dengan produksi kaca dan kristal. Di situlah lahirnya Daniel Swarovski, pengasas pertama Swarovski. Rutin harian sewaktu kecil adalah bekerja di kilang kristal kecil-kecilan milik bapanya juga bersama pengusaha kristal yang lain. Sehingga sewaktu dia berumur 21, peluangnya melawat ‘First Electrical Exhibition’ di Vienna memberikannya idea menerajui perniagaan kristal yang lebih moden. Teknik yang di lakukan oleh Siemens dan Edison memberinya inspirasi dalam mengasah kristal dengan menggunakan mesin berbanding selama ini, semua pengusaha menggunakan tangan.

Daniel bekerja keras untuk merealisasikan visinya, setelah sembilan tahun iaitu pada 1892, barulah mesin pengasah kristal pertama berjaya dikeluarkan dan dipatenkan. Dengan adanya mesin ini kristal dibentuk lebih cepat, sempurna dan lebih kilat. Penciptaan ini sekali gus mencorak era baru bagi dunia kristal dan 1895, Daniel, abang iparnya, Frans Weiz dan Armand Kosmann memulakan invention baru ini. MESIN DAN TEKNOLOGI BARU

Sejurus penemuan teknologi baru ini, Daniel membawa keluarganya berpindah ke Wattens di daerah Tyrol, Austria. Lokasi strategik ini berdekatan dengan Austrian Alps, jadi prosesnya lebih mudah kerana sumber air yang banyak bagi keperluan mesinnya. Malah, lokasi yang jauh dengan pesaing kristal yang lain membuatkan risiko rekaan mereka ditiru lebih rendah. Daniel mencatat satu lagi sejarah bersama ketiga-tiga anaknya, Wilhelm, Friedrich dan Alfred dengan menjalani eksperimentasi mencipta bahan mentah sendiri. Selama tiga tahun barulah ‘resipi’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.