KULIT LEMBAP DAN TERLINDUNG DENGAN DETTOL

EH (Malaysia) - - Berita Acara + Cantik -

Dettol, memperkenalkan rangkaian Dettol Body Wash baharu yang dipertingkatkan dengan formulasi pH seimbang dalam satu pelancaran media di Connexion @ Nexus, Bangsar South. Pelancaran media ini dihadiri oleh Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologi Kanan dan selebriti yang baru-baru ini bergelar seorang ibu, Scha Alyahya. “Dettol telah mengubah persepsi saya terhadap mandian anti-bakteria. Wanita hari ini, terutamanya ibu-ibu aktif seperti saya sentiasa terdedah kepada faktor-faktor persekitaran seperti pencemaran, kekotoran dan kuman. Dengan Dettol pHBalanced Body Wash yang baharu, saya pasti kulit saya dilindungi daripada kuman di samping mengekalkan kulit yang lembap dan cantik,” kata Scha Alyahya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.