PINK RIBBON CHARITY GOLF

EH (Malaysia) - - Berita Acara + Cantik -

Malam yang penuh glamor itulah yang boleh disimpulkan tentang Pink Ribbon Charity Dinner yang dianjurkan dengan tujuan mengumpulkan dana bagi membantu kajian perubatan, pendidikan juga aktiviti berkaitan dengan kanser payudara. Pada malam tersebut sahaja Estee Lauder mengumpulkan RM600,000 hasil jualan meja juga hasil lelongan item mewah daripada Fendi Timepieces, Loewe dan Khoon Hooi. Majlis yang berlangsung di Hotel Majestic ini dihadiri 410 tetamu. Bersempena dengan kempen tahunan ini, Estee Lauder Malaysia turut menganjurkan Pink Ribbon Charity Golf sebagai salah satu aktiviti sihat yang juga ruang buat penggemar sukan golf menyumbang sesuatu kepada kempen ini. Bayaran penyertaan setiap peserta adalah RM900 dan kutipan ini disalurkan terus kepada Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia, The College of Radiology Malaysia dan The Breast Cancer Welfare Association. Seramai 120 orang menjayakan acara ini yang berlangsung pada 18 September 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.