Bergemerlapan!

PERAYAAN, PERCUTIAN DAN PESTA BERTAMBAH MERIAH DENGAN SERI SOLEKAN PENUH KILAUAN.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Kilauan seringkali dikaitkan dengan kecantikan dan menjadi lambang kemewahan. Kerana itu, ia sering menjadi subjek dalam meraikan sesuatu. Bersempena dengan itu, Laneige, pengeluar kosmetik dan penjagaan wajah memperkenalkan koleksi terbaru mereka yang bertemakan kemeriahan parti dan keseronokan ‘bermain’ dengan elemen kilauan.

Di hujung tahun ini, Laneige hadir dengan pelbagai rangkaian koleksi menarik untuk anda pilih sebagai hadiah buat orang tersayang atau diri sendiri. Anda boleh membelinya untuk diri sendiri atau sebagai hadiah buat mereka yang tersayang dek rekaan pembungkusan eksklusif yang bisa menambat hati sesiapa yang punyainya.

Limited Edition Sparkling BB Cushion, RM150

Holiday Collection ini juga turut menampilkan produk kesukaan ramai yang diberi sentuhan menarik menerusi pembungkusannya. Dihiasi dengan saduran mutiara putih pada permukaan pembungkusan bedak padat ini dan di sisinya pula disadur dengan emas ros yang menyerlahkan sisi mewahnya. Ia adalah item solekan terbaik untuk dimiliki, ia berupaya menjadikan kulit lebih cerah dan menutup cela dengan baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.