Pendapat tentang Wangian ini

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Apabila mereka menyatakan bahawa Baz Luhrmann yang akan mengarah filem ini, saya rasa sangat hebat, saya memang meminatinya, ia satu peluang yang hebat dan kami seronok bekerja bersama. Dia seorang seorang yang passionate, dan saya rasa kami mempunyai banyak persamaan, dia warga Australia dan saya Brazil, kami mempunyai banyak tenaga dan kami sepadan dari segi itu. saya cukup berbangga dapat bekerja dengan orang yang sememangnya mengambil berat dan komited terhadap apa yang dilakukan. Seolah-olah saya berada dalam tenaga yang cukup hebat. Penggambaran kami mengambil masa selama 8 hari, dan seperti yang anda tahu saya tidak biasa membuat kerja sebegini dalam perniagaan kami, tapi bagi Luhrmann penggambaran filem adalah perkara biasa. Ia betulbetul menyeronokkan malah atmosfera

Chanel Nº5 adalah wangian yang timeless. Ia menonjolkan kewanitaan dengan sempurna dan saya dapat lihat wanita yang yakin dalam wangian ini. ia sebuah wangian yang menawan, I love it!

Mengenai wanita Nº5

Bagi saya wanita di era ini mahir dari segala aspek dan mempunyai pelbagai tanggungjawab pada satu masa. Seorang wanita yang mempunyai perniagaan sendiri, membesarkan anak-anak, menjaga sebuah keluarga, menjadi seorang isteri, kakak dan anak, terlalu banyak peranan yang perlu dimainkan. Jadi saya sangat berbesar hari untuk dipilih bagi mewakili segala ciri-ciri ini, kerana saya sememangnya memainkan peranan begitu realitinya. Saya sudah berada di dalam industri ini selama 20 tahun, dan saya rasa bangga dapat menjadi sebahagian daripada sejarah wangian ikonik ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.