IN2IT WATERPROOF EYEBROW COLOUR

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Siapa yang tidak inginkan solekan yang dioles waktu pagi kekal hingga ke waktu malam, lebih-lebih lagi jika siangnya perlu bekerja dan waktu malam terus ke temu janji bersama rakan-rakan. Selain jimat masa untuk touch up, ia juga sesuai untuk anda yang gemar mengembara. Jadikan koleksi ini teman kala berpergian, lebihlebih ke tempat seperti pantai, jika anda berenang pun solekan mata, kening dan pemerah pipi tidak terjejas! Dalam koleksi kalis air ini, IN2IT menampilkan IN2IT Waterproof Eye Colour, Eyebrow Colour, Supreme 15 hour Waterproof Eyeliner dan Waterproof Triple Blush.

IN2IT WATERPROOF EYE COLOUR

Pembayang mata kalis air ini hadir dengan 16 rona menawan. Pilih palet mana yang menjadi pilihan hati daripada tekstur pusam ke metalik, atau dari rona asli hingga rona gelap. Dengan formula mangga liar dan Vitamin E, ia lembut dan melembapkan kulit. Tiga rona pilihan boleh didapati dalam satu palet khas untuk solekan kening. Pilih saja rona yang bersesuaian dan ronanya akan kekal lama. Teksturnya yang lembut tapi pekat namun tampak mesra pada kening. Hadir dengan aplikator berus nilon dan cermin membuatkan aplikasinya lebih mudah. Ia juga hadir dengan formula Vitamin E untuk melembapkan kulit.

IN2IT SUPREME 15 HOUR WATERPROOF EYELINER

Penggaris mata ini dapat membantu rutin harian anda berjalan dengan lancar tanpa bimbang akan penggaris mata yang comot menjelang tengah hari. Formula pigmen yang tinggi menjanjikan hasil yang tahan lama dan lembut dengan tekstur seakan baldu. Anda boleh gayakannya begitu saja atau gandingkan bersama

pembayang mata pilihan. Jika anda solek ingink

an an lama tahan

dan lebih semb kekal urkan segar

, wajah semb

setiap uran anda kalikulit

rasa atau kerin berm g inyak

.

IN2IT WATERPROOF TRIPLE BRUSH

Antara yang dicari-cari selama ini! Alangkah mudah dengan adanya pemerah pipi yang kekal lama tanpa perlu bimbang tangan yang kerap menyentuh pipi. Selalunya menjelang petang pemerah pipi kian pudar dan kulit pun tampak kusam tidak bermaya. Kini tiada masalah, dengan pemerah pipi kalis air ini. Malah ia hadir dengan empat rona menawan. Setiap satu palet punyai tiga ton berbeza. Dengan formula Vitamin E dan mangga liar, kesannya lebih lembut dan lembap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.