MEETS FASHION’

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

EH! terbang bersama Nars ke kota New York untuk meraikan hari jadinya ke-20 sambil melihat the real scene of the industry! Orgasm, Deep Throat, Sex Machine antara nama catchy produk Nars yang mudah diingat oleh sesiapa sahaja. Bagi saya, inilah kebijaksanaan pengasasnya dan Pengarah Kreatif, Francois Nars. Ia bagaikan idea spontan, bukan hanya sekadar nama yang unik tetapi punya simbol yang lebih dari itu. Contohnya, nama pemerah pipi Orgasm, yang bermaksud klimaks. Hingga kini pencapaian jualannya tidak pernah terhenti, malah menjadi item solekan mesti milik ramai wanita, termasuklah saya. Tetapi itu hanya teori saya sahaja.

Jika dahulu, mahu memiliki solekan jenama Nars, paling dekat adalah Bangkok. Gincu pertama kesukaan saya Schiap juga dibeli dari sana. Rona pigmen merah jambu pekat dan ‘menjerit’, supermatte malah menjadi emergency item jika tidak sempat bersolek. Schiap adalah ilham nama Elsa Schiaparelli, pereka fesyen Itali yang memperkenalkan rekaan gaun rona merah jambu shocking sewaktu era 30-an. Rona gincu ini tidak pernah lagi saya lihat dari jenama lain, sangat tersendiri. Apa yang ingin saya sampaikan adalah kekaguman saya pada Francois Nars dalam memikirkan idea serta luahan ekspresi yang menjadikan setiap rangkaiannya bukan sekadar formula cantik, bahkan punya maksud yang lain yang lebih menarik untuk diketahui dan dimiliki- it’s larger-than-life.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.