TIP TRADISIONAL

EH (Malaysia) - - Rambut -

Lumurkan santan atau minyak kelapa pada rambut 2 atau 3 kali seminggu. Ini menjadikan rambut lebat dan melambatkan pertumbuhan uban. Memang ia sedikit berbau, namun kesannya

begitu meyakinkan. Kemudian, cuci dengan syampu pilihan

anda.

RAMBUT MENIPIS

Adalah normal rambut gugur dalam lingkungan 100 helai setiap hari bagi memberi ruang buat rambut baru untuk tumbuh dengan sihat. Bagi wanita, perubahan hormon memberi kesan kepada proses pertumbuhan dan kualiti rambut yang terhasil. Lebih lebih lagi kepada wanita yang baru melahirkan anak dimana hormon di dalam badan mengalami perubahan major, lalu menyebabkan keguguran rambut yang kadang membimbangkan. Masalah keguguran rambut jika tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan botak secara berkelompok (kurang rambut di sesetengah bahagian hingga menampakkan kulit kepala) atau botak di keseluruhannya (kebiasaannya kepada kaum lelaki).

Folikel rambut menjadi semakin kecil dari hari ke hari sehingga ia menghasilkan rambut yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar secara rambang. Rambut yang terhasil itu adalah yang paling nipis yang tumbuh di kepala, dan kerana itu lelaki lebih mudah kelihatan botak berbanding wanita.

Masalah ini bukan saja menyebabkan penghasilan rambut yang terhad, ia juga menyebabkan rambut lemah dan mudah putus. Justeru, adalah penting untuk anda mendapatkan produk yang menguatkan struktur rambut daripada akarnya.

Semakin usia meningkat, kelenjar yang menghasilkan minyak pada keseluruhan tubuh kita semakin mengecut sekaligus mengakibatkan pengurangan dalam penghasilan minyak semula jadi yang bertujuan melembapkan kulit, termasuk kulit kepala. Ketika di usia muda, minyak ini melindungi rambut agar kelihatan sihat dan bersinar. Dan apabila meningkat usia, minyak itu tidak lagi mampu menyelaputi rambut dengan baik, dan inilah yang menyebabkan rambut kering, lesu dan tidak beralun cantik.

Jalan terbaik untuk masalah ini adalah dengan penggunaan minyak rambut (tetapi bukan untuk mereka yang punyai jenis rambut berminyak). Pilih produk yang mengandungi minyak argan kerana ia adalah agen melembap terbaik untuk kulit mahupun rambut.

KERING

Memang benar semakin usia anda meningkat, semakin kurang

RAPUH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.