BEBAS GAJET KETIKA BERCUTI

EH (Malaysia) - - Etika -

Take it like a real traveler. Hanya berteman peta, ringan mulut dan naluri hati untuk membawa anda ke destinasi yang mungkin anda sendiri belum tentu pasti. Tetapi apa yang pasti dalam setiap pengembaraan akan ada sesuatu yang boleh anda belajar. Jika hanya berpandu apa yang ada di Google anda tidaklah begitu merasai erti mengembara.

PILIH TEMPAT TINGGAL DENGAN AKSES INTERNET TERHAD

Mungkin ramai beranggapan semua hotel menawarkan rangkaian internet percuma 24 jam. Tetapi tidak sebenarnya. Ketika percutian saya ke Boracay, hotel tempat saya menginap hanya mempunyai akses internet di lobi sahaja. Atas alasan tidak mahu pengunjung yang datang ke pulau ini hanya berdiam bersama peranti digital di dalam bilik. Pulau itu harus diteroka keindahannya jika masih mahu terikat dengan telefon pintar anda silakan ke pulau lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.