Saat bercuti masih sibuk dengan Instagram dan Facebook masakan mampu menikmati percutian yang sebenar.

EH (Malaysia) - - Etika -

Hidup dalam era digital ini kita tidak akan boleh lekang dengan telefon pintar atau peranti elektronik lain. Di meja makan, di dalam bilik mesyuarat malah sambil memandu. Semua pasti akan sibuk dengan telefon pintar masingmasing. Dijadikan cerita beberapa bulan sebelum artikel ini dikeluarkan saya menghabiskan masa bersama teman-teman ke Jakarta. Setibanya di lapangan terbang semua sibuk dengan telefon masing-masing mencari talian wi-fi. Fikir saya mungkin mahu memberitahu pasangan masing-masing mereka sudah selamat tiba namun ruparupanya semua sibuk dengan Instagram masing-masing.

Saya percaya juga epidemik sosial ini ada pada ramai lagi orang dan mungkin anda yang sedang membaca artikel ini. Jika tidak masakan ada pakej Digital Detox Holiday di kepulauan Caribbean yang mana semua yang mengembara menggunakan pakej ini dihalang sama sekali menggunakan apa jua gajet bagi menikmati percutian sebenar. Dan satu kajian dilakukan American Express pada tahun lalu mendapati 75 peratus pengembara mengharapkan mereka

Layari WWW.EH.COM.MY Perkara Mesti Buat Sebelum Pergi Bercuti.

BAGAIMANA MAHU BERMULA?

Pertama disiplin. Jika anda mahu menghargai kehidupan – apa yang ada di depan mata dan apa yang bakal anda teroka. Takkan anda hanya mahu merasai semuanya secara digital? Rasakan sendiri pengalaman. Internet itu hanya rujukan bukan keperluan kerana kadang-kadang kita lupa tanpa internet hidup kita lebih tenang dan lebih sempurna jalanannya. Perkara ini harus disemat dalam minda anda! memiliki talian digital atas alasan untuk menghantar pesanan ringkas, berkongsi gambar bersama keluarga dan membuka e-mel kerja. Persoalannya apa perlu percutian jika anda masih terikat dengan kerja?

Cuba ingat semula bila agaknya kali terakhir anda ‘hidup’ dengan mematikan segala talian telefon atau internet? Dan ingat semula kitaran hidup anda sebelum kuasa digital menguasai diri anda? Satu kajian dilakukan di United Kingdom mendapati kelompok manusia yang hidup tanpa tenaga digital lebih menghargai kehidupan dan kebanyakan mereka yang hidup diikat internet ini lebih mudah mengalami tekanan dalam diri. Lihat bagaimana dengan melakukan digital detox anda mampu meraikan hidup dengan lebih indah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.